Friday, April 1, 2011

Aku dan Durian 2

Kali ni aku makan durian walaupun sekarang bukan musim durian. Mungkin durian dari Thailand kot sebab kat Malaysia ni beberapa tempat jek yang baru masak kot. Mahal gak la durian yang aku beli kali ni iaitu RM40=4kg=RM10/kg.


Mahal siot kebetulan lak aku takda duit masa tu lagi la rasa mahal giler durian tu tapi disebabkan kawan aku dari jeli yang datang Shah Alam (FYI kawan aku ni duk Bukit Kuda jek lebih kurang 5km jek dari umah aku) so aku la belanja dia sebab die datang tempat aku. Kalau aku yang pergi ke tempat die pun begitu jugak. Kawan aku ni nama Sani yang naik ke gunung stong bersama aku ni bawak la kawan dia nama  Wan dan si Wan pula ajak sepupu dia Yana join sama sebab si Yana tinggal berdekatan dengan kedai yang jual durian ni.

Thursday, March 31, 2011

Aku dan Stesen Bus Puchong Utama

Sikalang aa kalu wa mau pegi mana2 wa tngk google map je maa.... Sudah manyak tempat woo wa pegi dan sampai ke destinasi.. Bagus juga la google map ni,klu talak ada google map mgkn wa pening kepala juga wo mau cali jalan itu ke destinasi. Malam ni wa nak p kat Stesen Bus Puchong Utama kerana ada hal ckit maa. So kepada sesiapa nak go to a new place please make sure u google first n paling tidak pun u tau serba sedikit psal tmpat yg u nak pergi ni. New place new experience.

Aku dan Kentut 2

Aku tak faham la ngan perut aku sekarang ni asek nak kentut jek tak kira masa kekadang berbau kekadang tak kekadang bunyi kuat kekadang slow jek... Ada yang tak kena ngan perut aku ni,nak aku tak makan tu memang sah2 la tipu. Makan bukan main banyak lagi so alasan perut masuk angin memang tak da la so apa sebenarnya masalah dalam perutku ini?


Siap terbang lagi tu...

Wednesday, March 30, 2011

Aku dan Tidurku 2

Bila aku memandang bekas pensil ni mesti aku rasa mengantuk dan nak tido,pandai si pembuat mewujubkan suasana sedemikian rupa dengan hanya melihat pensil case.


Ini adalah kepunyaan anis iaitu budak sekelas denganku dari part 4 hingga part 6.

Aku dan Gambar Candid

Gambar ini diambil oleh budak rumah sewaku tanpa aku menyedarinya dan tidak perasaan akan kewujudan gambar ini selama beberapa hari. Aku menyedari gambar ini di dalam hp aku selepas aku check gambar2 dan buang gambar yang tak berguna. Masa ni aku tengah pikir apa aku pun tak ingat tapi bila tengak gambar ni ada satu perasaan yang muncul di lubuk hatiku iaitu aku akan berwajah serius bila aku berfikir dan aku akan meletakkan tangan aku kat dagu sekiranya isu itu memerlukan perhatian.


Nasib baik t***k aku tak nampak,ekekek...

Aku dan Rekod

Beberapa hari yang lepas aku telah mmperbaiki rekod peribadi aku dari 30 saat kepada 10 saat dan sekarang rekod terpantas aku adalah 5 saat... Tapi rekod apa.. Rekod yang aku buat ni penting la juga bagi diriku ini dan dari rekodku ini juga telah mengajar aku supaya lebih berhati-hati dalam membeli 'barang' serta kualiti 'barang' itu. Daripada kajian aku ini aku juga menasihati kawan-kawanku supaya tidak membeli 'barang' yang tidak berkualiti dan beralih kepada 'barang' lain. Aku telah menasihati dan sekarang terpulang kepada diorang nak dengar dan ikut nasihat aku atau tidak yang penting aku dah tunjukkan bukti.

Aku dan Kerja Part Time 2

Setiap kali hujung minggu ramai di kalangan kawanku meluangkan masa dengan melakukan apa-apa aktiviti yang telah dirancang setelah penat menelaah pelajaran selama 5 hari seminggu so hujung minggu dimanfaatkan sepenuhnya dengan riadah dan rehat yang secukupnya tetapi tidak bagi diriku. Oleh kerana diriku sudah hilang tempat bergantung maka aku terpaksa bekerja di hujung minggu bagi menampung perbelanjaanku sepanjang aku berada disini. Walaupun penat tetapi tetap juga aku gagahi menempuh ujian penuh makna ini. Tangisan di dalam hati tiada siapa pun mengerti,kemiskinan yang melanda membuat aku rasa rendah diri.


Aku dan Tukang Sapu

Betapa hemsem dan kacak si tukang sapu ni,gambar ini di ambil kat Audi UiTM kampus Jengka Pahang.
Silalah komen ea.
Bersih dan berkilau lantai..

Aku dan Dompet Lama

Inilah rupa dompet lamaku yang banyak berjasa kepada aku selama ini sebelum aku mendapat dompet baru.
 Siap guna selotap agi supaya tak cepat rosak.. Kesian kan kat aku..

Aku dan Mencangkul Belakang Rumah Sewa

Selepas penat dan berpeluh mencangkul di belakang rumah sewa inilah hasilnya...




Bersih dan bagi mengelak binatang berbahaya seperti lipan,kala dan nyamuk.

Aku dan Toto

Apakah benda hitam sebelah tong sampah tu?


Aku dan Jeles

Setiap kali buka facebook mesti timbul perasaan jeles dalam diri aku ini,apakan tidak apabila melihat gambar-gambar kawan-kawanku yang seusia dan lebih muda dari aku berjaya dan memiliki segala-galanya seperti motor,kereta,rumah dan sebagainya tetapi aku hanya ada motor RXZ sebagai hartaku setakat ini. Inginku menambah aset untuk bekalan diriku ini tapi apakan daya aku tidak mempunyai pekerjaan lagi seperti kawan-kawanku itu.



Aku dan Gaji Jusco

Setelah penat bekerja selama hampir dua bulan bekerja dengan jusco di bukit raja inilah hasilnya yang ku dapat...


Sunday, March 6, 2011

Aku dan Komen

Sepanjang aku berblog tak ada satu komen pun lagi setakat ini.. Hmmm mmg malang la nasib aku ni kan. Takkan tak ada orang nak kongsi pendapat dengan aku punya perjalanan dan pandangan hidupku ini. 


Ku harapkan camni.


Takkan aku kena wat camni plak.

Macam-macam hal la.

Saturday, March 5, 2011

Aku dan Lembab

Betulkah aku seorang yang lembab? Apa pendapat orang yang mengenali diriku ini.. Aku terasa diri ini seorang yang lembab tetapi kadang-kadang je la bukan selalu apa ingat aku ni lembab cam siput babi ker apa. Kadang-kadang aku tak leh nak baca maksud sesuatu ayat contohnya dan tingkah laku,macam mana nak improve kan aku punya kelemahan ni?

Aku dan Kekayaan

Bila la aku nak kaya ni? Bila la masanya kan tiba.. Sudah puas aku menunggu ingin menjadi seorang yang penuh dengan kemewahan serta tak ada masalah dari segi duit. Bila la masanya bila duit RM1000 seperti RM1 bagiku. Inginku membeli belah seperti golongan orang yang berada,lepak di tempat mewah dan pakaian penuh gaya.



Aku dan Gurauan Oversea

Pada tanggal 18 Februari 2011 bersamaan hari Jumaat aku telah mengeluarkan kenyataan di laman sosial facebook mengatakan aku dapat melanjutkan tawaran ke Australia dan bakal berangkat ke sana pada minggu pertama bulan April.




Aku dan Kerja Part Time

Sepatutnya aku kerja pagi ni tetapi disebabkan tersalah baca dan faham mesej tu menyebabkan aku tak keja la hari ni. Xdapat duit nak belanja MMC pizza kali ni,huhu3... Plan da lari..


Aku dan Mimpi

Semalam aku bermimpi lagi tentang arwah ibuku,seperti mimpi-mimpi lain mesti pelik dan ada yang tak kena dalam mimpi tu dan selepas terjaga ku pun hairan. Sementara aku masih ingat lagi mimpi tu baik aku tulis sekarang walaupun sekarang pukul 7am waktu tempatan.


Friday, March 4, 2011

Aku dan Kartun

Kadang-kadang aku terlalu sukakan lukisan kartun dari lukisan abstract o bunga-bungaan. Aku rasa aku lebih feel bila tengok gambar kartun dan memahami maksud gambar kartun itu ia seperti ada jiwa dan rima tersendiri membuatku kadang kala tersentuh dengan gambar berkenaan. Aku lebih mudah memahami lukisan kartun dan aku sendiri tak tau kenapa.


Contoh lukisan kartun di atas kadang-kadang membuatku tersenyum sorang-sorang. hihihi.

Thursday, March 3, 2011

Aku dan Goyang Kaki Dapat duit

Percayakah korang semua dengan hanya goyang kaki korang dapat duit sampai beribu-ribu sebulan mengalahkan gaji seorang cikgu dan kakitangan awam. Mesti korang tak percaya punya sebab itulah juga kata-kataku pada mulanya dan selepas aku melihat sendiri baru aku percaya dengan hanya goyang kaki duit masuk seperti air mengalir.


Aku dan My Miss Cool Part 3


MMC bersama topi koboi mana ntah... Rajin betul aku menulis sekarang walaupun masa seperti mencemburui diriku kerana aku rasakan masa begitu pantas berlalu terutamanya bagi insan yang bekerja,belajar sambil bekerja,bekerja sambil belajar dan golongan yang lepak sahaja. Korang semua tergolong dalam golongan mana?