Tuesday, February 22, 2011

Aku dan Kebosanan

Bila korang sumer bosan apa yang korang akan buat? Mesti macam-macam kan seperti tido,makan,jalan-jalan,shopping tetapi bila anda bosan masa kerja macam mana pula apa yang korang akan buat?


Ini yang aku buat bila dah bosan sangat dengan kerja aku.


Ok tak hasilnya? Aku buat dengan mengunakan dawai dan penebat wayar untuk stator dalam compressor..
Ini salah satu cara bagi menyatakan bahawa setiap masa aku ingat kat die sorang tu.. Walaupun tengah kerja tapi dalam kepala aku hanya dia je. Jauh di mata tapi dekat di minda,hu3..

Saturday, February 19, 2011

Aku dan My Miss Cool Part 1

Kali pertama ku kenal kekasihku ini pada awal semester 1 semasa mengikuti pengajian diploma kejuruteraan awam di UiTM kampus Jengka Pahang. Pertemuan pada awalnya tidak menarik perhatianku kerana bagiku pandangan pertama tidak benar semata-mata tambahan pula aku tidak serius dalam mencari cinta seperti lagu arwah Sudirman. "Pernah dulu ku fikirkan tanpa cinta tak mengapa" begitulah apa yang tersemat di hatiku ini.


Setelah mengenali serba sedikit pasal awek ku ini telah menarik perhatianku. Apa yang menarik perhatianku padanya pada masa itu adalah personalitinya yang cool dan stedi jek. Aku amat tertarik pada gadis sedemikian rupa pada waktu itu dan aku cuba menjadi kawan rapatnya bagi menarik perhatian dia.


Tetapi sesuatu telah berlaku dan membuatku kecewa....

Monday, February 14, 2011

Aku dan Tidurku

Tidurku tidak lena semalam,asyik terjaga kerana batuk. Apakah tanda ini semua? Adakah aku asyik berfantasi dengan imaginasiku ini?


Semalam aku terjaga 5 kali kerana batuk dan badanku berpeluh-peluh sangat sampai basah badanku. Demam kali ini berbeza dengan demam yang biasa ku alami,tidak pernah ku demam sebegini teruk sampaikan kering tekak dan hidungku ini. Tuhan itu Maha Mengetahui ku serahkan segala kepadaNya yang Esa.

Aku dan Maki Hamun

Mesti korang pernah kena maki hamun kan paling koman pun kena gak sikit-sikit so sama la macam aku ni,kena maki hamun bertali arus tak henti-henti... Itu kisah lama yang terungkit di benakku ini,kisah sedih masa aku kecil lagi di mana aku tidak mengerti lagi pada masa itu tapi sekarang aku sudah dewasa sudah kenal intan dan kaca,orang lain sudah tak boleh perdayakan aku lagi kerana ilmu yang ku ada di dada akan ku guna sebaiknya untuk menempis segala helah dan auta duniawi.


Apa perasaan korang masa kena maki hamun tu? Bengang,buat dek jek,melawan balik,blah dan sebagainya... Mesti korang ada strategi masing-masing untuk menangkis masalah ini bukan.. Apa-apapun langkah yang di ambil mestilah berwaspada kerana dendam tidak berakhir sekelip mata.

Aku dan RXZ

As Salam Maulidur Rasul kepada semua pembaca sekalian.. Tambahkan amal kuatkan iman dalam amal makruf nahi mungkar.. Bersama kita mendapat keredhaanNya..Amin..


Sapa-sapa yang pakai transport mesti pernah basuh kenderaan korang bukankah begitu,ada benar kataku in wahai pembaca sekalian.. Hari ini dalam sejarah selepas hampir 3 bulan motorku tak dibasuh hari ini aku gagahkan diri untuk basuh motorku itu walaupun kesihatan ini tidak mengizinkan aku. Dengan kudrat yang ada ku basuh jua dan sekarang sudah bersih dari segala habuk dan tompok-tompok hitam dek kerana  percikkan minyak hitam dan sebagainya. Memang penat dan berdenyut kepala ini tapi alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.


Sekarang aku biarkan motor aku di tengah panas terik mentari untuk keringkan air di motorku,itulah hartaku setakat ini,aku tidak punya apa-apa aset selain motorku ini. Terlintas juga di hati ini untuk menambah aset diriku bagi menempuh hari-hari mendatang tapi apakan daya duit tak ada. Ingin ku buat pelaburan emas tetapi seperti biasa la duit tak ada.


Emas.sesuatu yang amat berharga dan akan ku terangkan dalam entri seterusnya kerana entri ini untuk tiada kaitan dengan entri emas k.

Aku dan Batuk Kering

Pernahkah korang semua mengalami batuk kering? Aku rasa semua pernah mengalaminya bukan. Apa perasaan korang masa kena batuk kering tu? Memang pedih giler,nak telan air liur pun susah kan pedih sangat-sangat bila duduk tempat ada air-cond lagi la sakit hidung ni kering dan pedih.


Bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Mudah dan senang sahaja iaitu dengan cara minum ubat batuk bagi menghapuskan kuman yang ada kat kerongkong tu. Kuman tu la penyebab batuk kering tu.


Sudah banyak hari dah aku mengalami batuk kering dan deman risau aku dibuatnya dengan demanku ni. Semoga tak ada benda yang buruk berlaku,amin.

Aku dan Top Up RM100


Anda pengguna prepaid? Mesti anda semua penah top up kan. Biasanya berapa korang top up? Kebanyakkannya orang akan top up RM10 tak pun paling tiggi RM30.


Tapi hari betul-betul bersejarah buatku kerana untuk kali pertamanya aku top up RM100. Gila ah,tak pernah aku lakukan selama ini. Kenapa aku top up RM100? Ada cerita di sebaliknya.


No hp yang paling aku sayang ialah 01934363## tetapi pada november tahun lepas hp itu hilang dan terpaksa ganti dengan yang baru. Aku pergi la buat sim card tu balik kat celcom centre dan nasib baik aku tak kena caj apa kalau tak merempat la aku kejap kerana pada masa tu aku tengah pokai,duit sikit giler. Pas dapat sim tu aku guna la jap pastu sampai bulan 2 aku lupa nak top up yakni aktifkan no tu dan tidak disangka-sangka no tu dah tak boleh diguna pakai lagi kerana sim card registration fail katanya. Aku apa lagi panik tak tentu arah la pergi ke celcom centre tu.


Sebelum pergi ke celcom centre tu aku da kelas dan sebelum pergi kelas aku minum ubat batuk 20ml so aku bajet pas 2 jam kelas tu aku tido la sebab ubat tu kan boleh menyebabkan mengantuk tetapi bila terjadi kes sim card ni aku terpaksa selesaikan perkara ni secepat yang mungkin. Aku yang tengah high ni bawak motor cam apa ntah,jalan nampak samar jer pastu kenderaan lain nampak slow jek pergerakannya. Macam pelesit la bawak motor tapi otak kosong sebab penangan ubat batuk tu.


Bila sampai di celcom centre kat seksyen 9 Shah Alam aku pun isi borang dan ambik nombor tunggu giliran untuk dipanggil. Bila tiba giliran aku pun pergi la kat kaunter tu pastu aku tanya macam mana dengan kes aku ni dan dia pun cakap kes adik ni kes reinstate dan dia nasihatkan aku top up RM100 untuk aktifkan balik kerana ada masa 5 hari lagi sebelum no tu permanent tak leh aktif. Aku tak ada duit yang mencukupi pada masa tu pastu aku tanya akak tu kat mana ATM dan nasib baik ATM kat belakang celcom centre tu jek. Aku withdraw RM200 pastu aku  pergi balik kat celcom centre dan beli top up RM100 untuk aktifkan no kesayangku balik. Dan sekarang aku tengah guna no tu untuk sementara waktu sahaja. Alhamdulilah no ku dapat diselamatkan.

Friday, February 11, 2011

Aku dan Jujubes

Korang semua tahu apa itu jujubes? Macam nama watak teletubbies lak kan.


Tapi bukan itu yang ingin di ceritakan kat sini tetapi jujubes adalah sejenis ubat bagi mencairkan kahak aku kan deman sebab tu la aku kena makan jujubes ni. Mula-mula rasa die sedap cam gula-gula gitu tapi bila da habis manis die tu pahit la jawabnya nak muntah rasa dengan rasa pahit die ni. Tapi demi kesihatan ku gagahkan diri isap gak jujubes ni,jujubes cara die kena isap tau bukan main telan jek kan tercekik takda suara lak nanti.

Aku dan Monthsary Couple


Malam ni adalah malam monthsary yg ke-10 kitorang kapel,nak beli apa ea sebagai present? Apa yang aku nak beli pon aku dah ketandusan idea,takkan nak beli 1 slice of secret recipy cake lagi kot aku dah la deman ni maner ley makan kek sangat kot kang muntah balik lak.


Jenuh jugak aku berfikir nak beli apa kali ni. Apa pendapat korang semua? Apa patut aku hadiahkan kali ni? Kongsi la idea sikit ngan aku yang ketandusan ni. Apa yang awek aku ngah mengidam sekarang ea.


Agak-agak korang aku kan beli apa?

Aku dan Kesejukkan

Bila aku deman mesti badan aku gigil kesejukkan padahal pada hakikatnya badan aku panas giler kot..


Aku bimbang kena deman denggi jek sebab doktor cakap masa aku pergi MEDEC tadi kalau deman aku tak  pulih dalam masa 2 hari lagi yakni hari ahad aku kena g jumpa doktor balik untuk check balik. Mintak dijauhkan bala ya Allah,permudahkan urusan hidupku ya Allah. Jauhkan segala penyakit dari tubuh badanku ini ya Allah.


Celaka kau nyamuk,kau la penyebab deman aku ni. Nanti aku bunuh kau.

Thursday, February 10, 2011

Aku dan Ubat Batuk

Antara ubat yang aku susah nak minum adalah ubat batuk.


Memang muka aku berkerut la bila minum ubat batuk ni,tak suka sangat rasa die rasa geli jew tekak tapi demi kesihatan diriku ku minum dan tahan gak rasa pelik ni pun. Nak sihat mesti kena berkorban kan,sama jew macam nak senang kena banyak berkorban.


Pas aku telan ubat paracetamol,ubat selsema dan ubat batuk aku rasa sihat sikit. Mintak-mintak la aku sihat sebelum hari ahad ni sebab aku kerja hujung minggu ni.

Aku dan Deman Kura-Kura


3 4 hari lepas hidungku mula berhingus,meleleh macam budak hingusan plak. Dahi dan kepalaku mula kepanasan,aku dah deman rupanya. Dalam tekak aku lak terasa macam kering sangat sampai tahap bila bercakap mesti batuk kering. Kena ambik tindakan serta merta ni,lepas ni aku nak pi medec UiTM la ambik ubat.


Kenapa ini semua terjadi,isu air belum selesai lagi sekarang timbul isu pasir bagaimana pula dengan isu balak? Kita biarkan dulu isu itu semua kita fokus pada isu deman yang melanda diriku ini. Kenapa aku boleh deman? Pendapatku hanyalah kerana aku kerja kuat sampai terlebih dari kudratku kot. Bila deman mesti tak best kan,perjalanan hidup dan perjanaan idea mesti terbantut. Lagi satu faktor aku deman kerana aku alah kepada air-cond kot. Bila aku kerja lam air-cond jer mesti aku deman,dah banyak kali dah.


Thanks a lot to my girlfriend sebab dia masak bubur nasi semalam nak bagi deman aku reda sikit.

Wednesday, February 9, 2011

Aku dan RM1


Cinta itu indah sekiranya pandai menjaganya,itu yang bermain di benakku sepanjang hari ini dan mengingatkanku peristiwa lalu. Banyak peristiwa dan liku-liku hidup kami bersama harungi sepanjang hubungan kami,ada suka,sedih,duka,gembira,merana,kelaparan dan sewaktu dengannya hinggakan sampai satu tahap dimana RM1 sangat bernilai pada kitorang.


Hari tu di waktu tengahari nan panas aku dan si dia ingin mengisi air minuman/mineral kat pusat komersil seksyen 7 Shah Alam datang ka sorang dalam lingkungan umur 40-an memberiku 1 pamplet. Pada awalnya dia kata free dan boleh ambik so aku ambik la pastu bila aku ambik dia kata suh bayar lak RM1 atau lebih. Aku bengang la so aku bagi balik pamplet dia n cakap sori,baik tak aku. Kenapa aku tak bagi dan kedekut RM1 masa tu? Sebab duit kitorang berdua ada pada masa tu tak sampai RM5 pun dan duit tu bakal digunakan untuk aku dan dia meneruskan kehidupan ke arah hidup berdikari.


Alhamdulilah rezeki kitorang melimpah,bila mana aku kehabisan duit si dia plak dapat duit dan bila mana si dia tak da duit aku plak kebetulan dapat gaji. Tuhan itu Maha Adil.


I Love You Afzan Syafinaz

Aku dan nepal


Terlebih dulu Gong Xi Fat Cai kepada sumer kaum cina yang menyambutnya,semoga tahun arnab ni bertambah korang punya ong...


Bila ada perayaan mesti la cuti kan? So masa cuti ni aku habiskan cutiku dengan kerja kat kilang panasonic seksyen 22,Shah Alam. 


Semasa aku kerja aku pun perhatikan sekeliling coz aku memang suka memerhati dan meneliti setiap sesuatu and then masa tengah rehat tu baru aku perasaan hanya beberapa kerat saja warga tempatan yang bekerja di kilang tu. Aku rasa aku macam duk kat negara Nepal plak time tu,muka nepal ngan melayu pun dah lebih kurang. Diorang cakap dan berborak sesama diorang aku diam je la coz aku pun tak faham sepatah haram pun apa yang dibualkan.


Ada sorang nepal yang bekerja sama department ngan aku ni,apa yang dia tahu sebut hanyalah "machine problem" itu jek,klu mesin stuck ker "machine problem" sampai ke sudah. Nak ajar diorang menggunakan mesin pun susah coz komunikasi lemah kan.


So kesimpulan yang dapat di buat kat sini adalah belajarlah bahasa. Nak menguasai bangsa adalah dengan cara menguasai bahasa.

Tuesday, February 8, 2011

Aku dan PPP


Apa itu PPP? PPP adalah singkatan untuk Program Pembangunan Pelajar dan setiap sem setiap pelajar wajib menghadiri PPP kalau tak kena tatatertib la jawabnya,sekiranya tidak datang program ini maka skrol pengajian tidak akan dikeluarkan dan dengan erti kata lain tak dapat graduate la. Aku tak hadir PPP 5 sem lepas dan sem ini aku terpaksa pergi PPP 5 bagi menampal ketidakhadiranku ke program ini sem lepas. Silibus atau modul untuk PPP 5 adalah berasaskan perniagaan,so kitorang diberi tugasan buka satu perniagaan dan bentangkannya di depan bebudak yang lain.


Disebabkan aku pernah pergi 1 sesi pada sem sebelumnya maka aku di beri kelonggaran sama ada nak ikut atau tak sesi petang,mestilah tak takkan la aku nak tolak bantal jika aku dah mengantuk kan so aku tak pergi la.hu3.


Apa yang menarik perhatianku tentang PPP kali ini adalah aku mendapat pujian dari fasi kerana pembentangan aku dimana perniagaan berasaskan jambu seperti jus jambu,ubat gigi jambu dan segala macam berasaskan jambu semata-mata dan aku dipanggil nama joe jambu,sem lepas pun aku bentangkan pasal jambu gak dan dipanggil joe jambu gak,nampaknya sama jek intipati program PPP ni.

Aku dan Kemiskinan Hidup


Pernahkan anda semua mengharungi kehidupan yang serba daif dan miskin? Diriku pernah melaluinya kerana diriku berasal dari keluarga yang miskin dan papa,keluargaku tak sama dengan keluarga saudaraku yang lain hinggakan sampai satu tahap aku diminta oleh saudaraku yang lain untuk menjadikan aku sebagai anak angkat diorang dek kerana kemiskinan keluargaku tetapi pada masa itu aku tidak setuju walaupun dijanjikan dengan kemewahan katanya padahal tak pun tetapi dengan niat nak pergunakan aku sebenarnya. Nasib baik la aku tidak mengikut kata diorang kalau tak dah tak kenal apa itu blog pun.



Memang aku berasal dari keluarga yang serba kekurangan,aku tidak malu menyatakannya kerana itulah hakikat dan pendorong bagi diriku untuk terus maju dan berjaya di kemudian hari. Pada tahun 2001 pun keluargaku tidak ada kenderaan seperti motosikal apatah lagi kereta,keluargaku tak mampu membeli itu semua. Bila aku kecewa,sedih,jatuh dan sewaktu dengannya aku akan cuba mengimbau kembali kisah silam tentang kepayahan keluargaku membuatku bangkit semula untuk terus berdiri dan menggapai bintang di langit sekalipun.


Itulah diriku,anak orang susah dan tidak punya apa-apa 10 tahun yang lalu dan sekarang aku mengorak langkah untuk maju ke depan walaupun setapak.