Tuesday, August 31, 2010

PUASA - IBADAH DAN KESIHATAN-

     Puasa bukan saja merupakan ibadah ketiga dalam rukun islam yang wajib kita tunaikan malah kita juga dituntut memperbanyakkan ibadah ibadah sunat seperti solat sunat,zikir,zakat,qiamullail serta tidak mengabaikan ibadah ibadah wajib. Ramai di kalangan kita hanya memahami sedikit tentang puasa,apa yang kebanyakkan golongan daripada kita faham tentang puasa adalah menahan lapar dan minum dari terbit fajar hingga terbenam matahari serta perkara perkara yang membatalkan puasa. Sebenarnya puasa dibahagikan kepada dua iaitu puasa am dan khusus seperti yang saja dengar tazkirah dekat masjid di taman saya. Ustaz tu berkata puasa bkan saja menahan lapar dan minum malah menahan nafsu dari perkara perkara haram,contohnya mata kita kena jaga dari melihat aurat dan perkara tak sepatutnya,telinga daripada mendengar umpatan atau fitnah,mulut daripada mengata,mengumpat dan mencaci orang,kaki daripada pergi ke tempat tempat maksiat dan sebagainya.

      Puasa merupakan ibadah yang wajib kita laksanakan,jika kita meneliti secara sains tentang puasa dan kenapa Allah menyuruh kita berpuasa selain dari mendekatkan diri kepada pencipta,menambah pahala dan Allah memberikan kita malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam lailatul qadar. Secara sainsnya,puasa memperbaiki perut kita dan membuang segala toksin dalam perut serta bagi merehatkan perut yang 11 bulan berkerja memproseskan makanan. Segala penyakit datangnya dari perut dan apa yang kita makan,makanan baik dan berkhasiat kita makan adalah baik untuk perut kita dan begitu juga sebaliknya.

     Sepanjang menunaikan ibadah berpuasa,saya meneliti dan memerhati diri saya serta perut saya. Pada 10 hari puasa pertama perut saya cepat sangat berasa lapar dan nafsu makan membuak-buak. Pada 10 hari kedua pula perut saya asyik meragam dan sakit dan kekerapan pergi tandas amatlah tinggi dari hari hari biasa. Untuk 10 hari terakhir saya tak dapat komen apa apa sebab belum habis lagi puasa. Apa yang dapat saya ringkaskan adalah pada 10 hari kedua adalah proses dimana perut cuba membuang segala toksin dari badan atau dengan lebih tepat lagi adalah perut. Itulah pendapat dan pengalaman puasa saya kalu diikutkan dari segi sains. Apapapun,bulan ramadhan iaitu bulan mulia bukan saja mengajar kita bersabar dan sebagainya malah merupakan bulan pengampunan,kerahmatan dan pembebasan dari api neraka seperti yang saya tahu 10 hari  pertama puasa adalah pengampunan,10 hari kedua merupakan kerahmatan dan 10 hari terakhir adalah pembebasan dari api neraka. Marilah kita memperbanyakkan ibadah kepadaNya. SALAM RAMADHAN.



-selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia-

No comments:

Post a Comment