Apakah pendapat anda untuk perlawanan Kelantan melawan Kedah 23hb10 2010 ni? Siapa yang dapat meneruskan perjuangan ke final bertemu Johor FC atau Negeri Sembilan yang pada ketika ini Johor FC mengatasi hobin jang hobin dengan kelebihan 1 gol di tempat lawan. Adakah Negeri Sembilan dapat mengejar Johor FC? Berbalik kepada isu Kelantan melawan Kedah,siapa yang dapat maju ke depan dimana kedudukan sekarang adalah seri tanpa jaringan. Kalau diikutkan dari segi sokongan penyokong ternyata Kedah akan tewas kerana perlawanan kedua adalah di Kelantan,dijangkakan penyokong Kelantan akan memenuhi stadium kali ini kerana ia merupakan perlawanan separuh akhir yang kedua dan merupakan perlawanan kalah mati yang menentukan siapa yang layak ke final. Berbalik ke perlawanan Johor FC dan Negeri Sembilan,andai Johor FC memenangi perlawanan kali ini menunjukkan kebangkitan Johor FC dalam arena Liga Malaysia kita. Apa-apa pun,kita tengok 23hb ini keputusannya. Aku mengharapkan Kelantan dan Johor FC akan bertemu di final. Gomo Kelate Gomo.
Nantikan kejutan yang bakal berlaku, tidak dilupa mercun yang bakal memeriahkan lagi keadaan.
No comments:
Post a Comment