Thursday, November 4, 2010
Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Galas (N45)
Seperti yang kita maklum bahawa Y.B Encik Chek Hashim Bin Sulaima talah meninggal pada 27 September 2010. Arwah yang juga merupakan penyandang bagi kawasan N45, DUN Galas, Gua Musang, Kelantan. Oleh yang demikian, maka diadakan pilihan raya kecil bagi kawasan Galas.
Hari ini, 4 november 2010 pilihan raya dijalankan tanpa sebarang gangguan yang kritikal dan tempat-tempat panas dipantau.
Calon-calon untuk DUN 45 adalah;
1 Dr. Zulkefli Mohamad Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
2 Abdul Aziz Yusoff Barisan Nasional (BN)
Daftar Pemilih yang digunakan ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) yang telah dikemaskini sehingga 27 September 2010. Pecahan daftar pemilih di DUN Galas adalah seperti berikut:
Jumlah pemilih berdaftar: 11,553 orang
Jumlah pemilih biasa: 11,426 orang
Jumlah pemilih pos: 127 orang
Perjalanan keputusan pengundian;
6:20 Petang: BN mendahului dengan 74 majoriti
6:50 Petang: PAS – 1,158 BN – 1,254
7:10Petang: PAS – 2,348 BN – 3,258
7:40Petang: BN berpeluang merampas kerusi DUN Galas.
8:00Petang: PAS – 4,108 BN – 5,177
8:45 Petang: PAS – 4,143 BN – 5,324 (BN menang dengan majoriti 1,190) [KEPUTUSAN RASMI]
Keputusan untuk DUN 45, Galas Gua Musang sudah saya jangkakan sebenarnya berdasarkan kerancakkan jentera BN berkempen. Memang nampak jelas keghairahan BN ingin merampas kerusi DUN 45, boleh dikatakan semua kompenan-kompenan BN turun padang bagi membantu calon BN memenangi kerusi DUN Galas. Apa-apapun sekalung tahniah buat Abdul Aziz Yusoff yang memenangi pilihan raya kecil DUN 45 ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment