Thursday, February 10, 2011

Aku dan Deman Kura-Kura


3 4 hari lepas hidungku mula berhingus,meleleh macam budak hingusan plak. Dahi dan kepalaku mula kepanasan,aku dah deman rupanya. Dalam tekak aku lak terasa macam kering sangat sampai tahap bila bercakap mesti batuk kering. Kena ambik tindakan serta merta ni,lepas ni aku nak pi medec UiTM la ambik ubat.


Kenapa ini semua terjadi,isu air belum selesai lagi sekarang timbul isu pasir bagaimana pula dengan isu balak? Kita biarkan dulu isu itu semua kita fokus pada isu deman yang melanda diriku ini. Kenapa aku boleh deman? Pendapatku hanyalah kerana aku kerja kuat sampai terlebih dari kudratku kot. Bila deman mesti tak best kan,perjalanan hidup dan perjanaan idea mesti terbantut. Lagi satu faktor aku deman kerana aku alah kepada air-cond kot. Bila aku kerja lam air-cond jer mesti aku deman,dah banyak kali dah.


Thanks a lot to my girlfriend sebab dia masak bubur nasi semalam nak bagi deman aku reda sikit.

Wednesday, February 9, 2011

Aku dan RM1


Cinta itu indah sekiranya pandai menjaganya,itu yang bermain di benakku sepanjang hari ini dan mengingatkanku peristiwa lalu. Banyak peristiwa dan liku-liku hidup kami bersama harungi sepanjang hubungan kami,ada suka,sedih,duka,gembira,merana,kelaparan dan sewaktu dengannya hinggakan sampai satu tahap dimana RM1 sangat bernilai pada kitorang.


Hari tu di waktu tengahari nan panas aku dan si dia ingin mengisi air minuman/mineral kat pusat komersil seksyen 7 Shah Alam datang ka sorang dalam lingkungan umur 40-an memberiku 1 pamplet. Pada awalnya dia kata free dan boleh ambik so aku ambik la pastu bila aku ambik dia kata suh bayar lak RM1 atau lebih. Aku bengang la so aku bagi balik pamplet dia n cakap sori,baik tak aku. Kenapa aku tak bagi dan kedekut RM1 masa tu? Sebab duit kitorang berdua ada pada masa tu tak sampai RM5 pun dan duit tu bakal digunakan untuk aku dan dia meneruskan kehidupan ke arah hidup berdikari.


Alhamdulilah rezeki kitorang melimpah,bila mana aku kehabisan duit si dia plak dapat duit dan bila mana si dia tak da duit aku plak kebetulan dapat gaji. Tuhan itu Maha Adil.


I Love You Afzan Syafinaz

Aku dan nepal


Terlebih dulu Gong Xi Fat Cai kepada sumer kaum cina yang menyambutnya,semoga tahun arnab ni bertambah korang punya ong...


Bila ada perayaan mesti la cuti kan? So masa cuti ni aku habiskan cutiku dengan kerja kat kilang panasonic seksyen 22,Shah Alam. 


Semasa aku kerja aku pun perhatikan sekeliling coz aku memang suka memerhati dan meneliti setiap sesuatu and then masa tengah rehat tu baru aku perasaan hanya beberapa kerat saja warga tempatan yang bekerja di kilang tu. Aku rasa aku macam duk kat negara Nepal plak time tu,muka nepal ngan melayu pun dah lebih kurang. Diorang cakap dan berborak sesama diorang aku diam je la coz aku pun tak faham sepatah haram pun apa yang dibualkan.


Ada sorang nepal yang bekerja sama department ngan aku ni,apa yang dia tahu sebut hanyalah "machine problem" itu jek,klu mesin stuck ker "machine problem" sampai ke sudah. Nak ajar diorang menggunakan mesin pun susah coz komunikasi lemah kan.


So kesimpulan yang dapat di buat kat sini adalah belajarlah bahasa. Nak menguasai bangsa adalah dengan cara menguasai bahasa.

Tuesday, February 8, 2011

Aku dan PPP


Apa itu PPP? PPP adalah singkatan untuk Program Pembangunan Pelajar dan setiap sem setiap pelajar wajib menghadiri PPP kalau tak kena tatatertib la jawabnya,sekiranya tidak datang program ini maka skrol pengajian tidak akan dikeluarkan dan dengan erti kata lain tak dapat graduate la. Aku tak hadir PPP 5 sem lepas dan sem ini aku terpaksa pergi PPP 5 bagi menampal ketidakhadiranku ke program ini sem lepas. Silibus atau modul untuk PPP 5 adalah berasaskan perniagaan,so kitorang diberi tugasan buka satu perniagaan dan bentangkannya di depan bebudak yang lain.


Disebabkan aku pernah pergi 1 sesi pada sem sebelumnya maka aku di beri kelonggaran sama ada nak ikut atau tak sesi petang,mestilah tak takkan la aku nak tolak bantal jika aku dah mengantuk kan so aku tak pergi la.hu3.


Apa yang menarik perhatianku tentang PPP kali ini adalah aku mendapat pujian dari fasi kerana pembentangan aku dimana perniagaan berasaskan jambu seperti jus jambu,ubat gigi jambu dan segala macam berasaskan jambu semata-mata dan aku dipanggil nama joe jambu,sem lepas pun aku bentangkan pasal jambu gak dan dipanggil joe jambu gak,nampaknya sama jek intipati program PPP ni.

Aku dan Kemiskinan Hidup


Pernahkan anda semua mengharungi kehidupan yang serba daif dan miskin? Diriku pernah melaluinya kerana diriku berasal dari keluarga yang miskin dan papa,keluargaku tak sama dengan keluarga saudaraku yang lain hinggakan sampai satu tahap aku diminta oleh saudaraku yang lain untuk menjadikan aku sebagai anak angkat diorang dek kerana kemiskinan keluargaku tetapi pada masa itu aku tidak setuju walaupun dijanjikan dengan kemewahan katanya padahal tak pun tetapi dengan niat nak pergunakan aku sebenarnya. Nasib baik la aku tidak mengikut kata diorang kalau tak dah tak kenal apa itu blog pun.



Memang aku berasal dari keluarga yang serba kekurangan,aku tidak malu menyatakannya kerana itulah hakikat dan pendorong bagi diriku untuk terus maju dan berjaya di kemudian hari. Pada tahun 2001 pun keluargaku tidak ada kenderaan seperti motosikal apatah lagi kereta,keluargaku tak mampu membeli itu semua. Bila aku kecewa,sedih,jatuh dan sewaktu dengannya aku akan cuba mengimbau kembali kisah silam tentang kepayahan keluargaku membuatku bangkit semula untuk terus berdiri dan menggapai bintang di langit sekalipun.


Itulah diriku,anak orang susah dan tidak punya apa-apa 10 tahun yang lalu dan sekarang aku mengorak langkah untuk maju ke depan walaupun setapak.

Aku dan Avocado

Anda semua kenal buah avocado? Kalau tak google la kejap and baca sal buah special kenanganku ni,ada cerita tentang avocado ni. Dari luar buah avocado memang macam buah limau purut yang tak masak lagi yakni kaler hijau pekat. Tapi rasa dia bagaimana pula?


Masa aku kerja tu aku nak gak merasa buah-buah pelik ni sebab utama yang menarik perhatian aku adalah harganya yang mahal giler RM4.99 sebiji,buah kecik jek tapi harga mahal dan kebanyakkan yang beli adalah golongan cina. So aku nak cuba rasa la buah avocado camner rasa dia.


Rakan sekerjaku ada dua orang,si A rasa dulu dan masa dia rasa tu aku tak sempat tengok dia dah makan ker belum pastu dia komen kata sedap dan manis-manis jek rasa dia tapi dia basuh mulut lepas tu,aku yang was-was ni tanya la kenapa basuh mulut kalau sedap dan jawabnya die nak kumur nak hilangkan rasa oren sebab dia makan oren tadi. Aku pun percaya la dan aku plak rasa,perghhh memang pahit,kelat dan entah apa rasa dia aku pun terus muntah and sekarang baru aku paham kenapa si A tadi basuh mulut rupanya die pun muntah gak. Si B tanya camner rasa die,aku yang tak puas hati dan nak sumer rasa camner rasa pelik buah ni aku pun cakap buah ni manis sangat sebab tu aku ludah dalam tong sampah tadi. Manis avocado mengalahkan manis gula kataku,so si B pon percaya kat aku die pun rasa gak pastu sumpah seranah die kat kitorang ni. Si B pon muntah skali gak. Muahahahaha.. Biar semua kena baru adil..


Itulah penangan buah avocado ni,aku tak paham camner nak makan buah nia ea?

Aku dan Kakiku Gigil


Dah la hari ini aku sedar lambat pastu tak hadir kuliah pastu bangun jew kaki lenguh giler sampai gigil sebab penat sangat semalam. Kalau kerja kuat camtu la,mana tak kuatnya siang kerja malam pun kerja. Waktu siang aku kerja kat kilang panasonic di seksyen 22 Shah Alam dan malam plak aku kerja kat Jusco Bandar Baru Klang,penuh dengan kepenatan kerana ada promosi sempena raya cina,tu yang wat aku penat giler kot. Memang lenguh sangat-sangat,tumit pun sakit. Demi sesuap nasi aku bantingkan jua tulang empat kerat aku ni dan alhamdulilah rezekiku dilimpahkan olehNya,hasil kerjaku ini dapat juga aku bayar duit sewa untuk bulan ini.
kesian pak cik ni

Aku dan Cerita 5 sen

Pelik tajuk kali ni,apa kaitan aku dengan 5 sen tak da kaitan pun sebenarnya. Aku bukan cucu si pereka duit 5 sen pun tapi ada kisah disebaliknya.


Semasa berkerja memberku menyuruhku membeli seekor ayam untuk dimakan bersama,kiranya bayar 50-50 la. So,seperti orang normal yang lain aku pun memilih ayam yang segar dan berkualiti,dan harus di ingat bila berkualiti harganya mesti lebih up dari yang biasa. Aku pun memilih ayam RM7.50 sekilogram,mahal tu beb coz biasanya orang beli yang RM6-RM7 sekilogram jek. Dek kerana diriku ada pengalaman membeli ayam pencen yakni keras dan liat demi menjimatkan 50sen sekilogram maka aku beli la yang berkualiti dan bermutu tinggi.


Semasa membuat pembayaran dekat kaunter,si cashier ni tanya aku ada 5 sen tak so aku tanya la balik kenapa jawabnya duit syiling tak ada ni yang ada hanya duit 5 sen jek. Ku sangkakan die bergurau tetapi dia betul-betul bagi duit 5 sen sebanyak 19 keping kerana harga ayam tu RM10.05,aku bayar not RM50 so baki aku dapat adalah RM39.95 sen. Bayangkan 19 keping duit 5 sen ku pegang,giler apa so aku tak puas hati aku beli barang lain yang harga lebih kurang 95 sen,cari punya cari ada la biskut macam apollo gitu yang berharga 80 sen. Masa aku bayar tu aku guna la duit 5 sen tadi,gelak besar cashier tu katanya nak balas dendam ea ngan aku aku sekali gelak. Masa nak bayar tu ada amoi tua tengah bayar gak tapi tak da duit 5 sen,disebabkan kesian aku bagi la 5 sen kat amoi tadi so syiling 5 sen yang ada ngan aku pas bayar semuanya hanya 2 keping kalau tak amoi tu kopem dapat banyak keping syiling 5 sen,baik tak aku?

Thursday, January 27, 2011

Menyelamat Mangsa Banjir???

Bila masuk jew bulan 11 hingga bulan 1 pasti kejadian banjir di pantai timur mengejutkan negara,oleh yang demikian maka dikerah pihak bertanggungjawab seperti bomba,rela,JPAM dan pihak lain bagi membantu mangsa banjir tetapi adakah releven tindakan pihak berkenaan sekiranya anda melihat gambar ini?


Berapakah kapasiti bot di atas? Bagaimana mahu menyelamatkan orang awam sekiranya bot yang sepatutnya digunakan untuk menolong orang awam dipenuhi dengan anggota diorang jew? Aku pernah mengalami situasi seperti ini. Petang itu hujan turun dengan lebatnya sampai banjir di kawasan perumahan di Panglima Bayu,Rantau Panjang. Oleh demikian maka dibuat keputusan ingin menumpang rumah saudara di Jeli dan terpaksa mengharungi kawasan air naik untuk melintas ke seberang sana. Meminta pertolongan pihak berwajib untuk menumpang bot yang ketika itu tidak ada penumpang di atasnya untuk menyeberangi ke seberang yang satu lagi tetapi dihalang dan diberi berbagai alasan supaya kami tidak dapat menaiki bot itu,maka terpaksalah menyeberangi dengan membahayakan diri sendiri. Yang berada di atas bot adalah anggota diorang sahaja,duk pusing-pusing di kawasan banjir tanpa membantu orang ramai. Dengan erti kata lain,bot bukan digunakan untuk menolong orang ramai tetapi untuk riadah diorang di masa banjir. Semua ahli keluargaku yang melintas deman kesejukan pada malam itu. 

Sunday, January 23, 2011

Bagai Kain Buruk

BUAT RENUNGAN KITA BERSAMA,PETIKAN DARI SURAT KHABAR METRO 23 JANUARI 2011

Apalah nasib seorang suami apabila isteri yang dikahwini atas dasar cinta bersikap ala samseng apabila sering mengungkapkan perkataan sumpah seranah seperti babi, bodoh, tolol, pergi jahanam dan pergi mampus terhadap suaminya. Bukan saja suami, keluarga suami turut menerima nasib sama.

Lebih 10 kali juga isterinya meminta cerai selepas memulakan pergaduhan dengan alasan si suami lambat mengangkat panggilan telefon dan membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) dihantarnya.

Atas alasan lambat mengangkat telefon dan membalas SMS itu juga, barangan peribadi termasuk hak milik syarikat tempat si suami bekerja, dirosakkan si isteri.

Paling memilukan si suami, pernah satu ketika isterinya mengejutkannya daripada tidur menggunakan kaki. Ikuti luahan Razman, 30, kepada wartawan Metro Ahad, ASMIZAN MOHD SAMIRAN mengenai kisah dukanya memperisterikan ‘wanita samseng’ sebagai pengajaran kepada masyarakat.

Bagi membuktikan dakwaannya, Razman menghubungi beberapa ahli keluarga, rakan dan jiran supaya wartawan mengetahui sendiri kebenaran kisahnya.

“Mahligai perkahwinan kami dibina atas dasar suka sama suka. Lima tahun berkenalan membuatkan saya mengimpikan hidup bahagia dengannya. Sepanjang berkenalan hinggalah bertunang dalam tempoh itu, memang ada pergaduhan dan beberapa kali saya dimakinya, namun dia (isteri) meminta maaf dan berjanji untuk berubah.

Saya terima dia dengan hati terbuka dengan harapan dia berubah. Namun selepas bergelar suami isteri, dugaan demi dugaan menimpa saya. Hari bersanding dia sudah buat hal.

Saya dan keluarga tiba lewat sedikitpun dia menengking. Rakan saya datang dari jauh mahu mengambil gambar bersama pun dia naik angin sambil berlalu dengan jelingan benci. Malu saya dengan rakan yang hadir.

Selepas sebulan hidup bersama, saya lihat perangainya semakin menjadi-jadi. Jika saya lambat mengangkat telefon atau membalas SMS, dia mengamuk. Bukan mengamuk biasa, tetapi sampai minta cerai.

Walhal, saya bukan tidak menjawab panggilan atau SMS dihantarnya, tetapi lambat jawab kerana ketika itu bermesyuarat atau berbincang dengan majikan.

Dia tuduh saya lambat jawab telefon atau SMS sebab ada perempuan lain. Atas sebab itu dia minta cerai. Ikutkan hati saya nak ceraikan saja, tetapi saya masih waras dan sayangkannya.

Saya buat tak tahu saja dan keluar rumah seketika bagi meredakan keadaan. Apabila pulang, saya pujuk dan sejukkan hatinya, OK lah dia sikit. Namun, perangai samsengnya tak berubah.

Kalau marah, habis disumpah seranahnya saya. Perkataan seperti babi, bodoh, tolol, pergi jahanam dan pergi mampus sentiasa diungkapkan kepada saya. Tak puas sumpah seranah menerusi mulut, dia SMS kepada saya.

Bukan saja kepada saya, tetapi juga adik-beradik dan beberapa rakan saya. Malu saya dibuatnya. Antara SMS mengatakan saya jantan tak guna, menyesal kahwin dengan saya, jangan ingat anak dalam kandungan akan menjadi milik saya dan pergi jahanam.

Saya cuba mengambil pendekatan tegas dengan menegur perbuatannya. Apabila ditegur, dia sesuka hati keluar rumah. Pernah sekali dia hilang empat hari, katanya pergi kerja, tetapi rupa-rupanya balik kampung tanpa pengetahuan saya.

Risaunya saya ketika itu hanya Allah SWT yang tahu. Saya risau sebab dia mengandung. Selepas itu baru saya sedar, ibu dan ayahnya kerap masuk campur dengan hal rumah tangganya. Saya menemui SMS daripada ibu mentua di dalam telefon bimbit isteri.

Mentua ‘mengajar’nya supaya meletakkan ‘air penawar’ di dalam makanan atau minuman saya supaya saya tunduk dengan isteri.

Lebih menyedihkan saya, satu lagi SMS ditulis ibunya menuduh saya mencuri barangan isteri untuk dibuat ‘guna-guna’ supaya isteri tunduk kepada saya.

Isteri saya bukan saja memusuhi saya tetapi keluarga saya. Sepanjang bergelar isteri kepada saya, dia tidak pernah berkunjung ke rumah mentuanya. Pernah satu ketika ketika abang saya datang ke rumah saya, isteri memaki abang saya, antaranya dengan perkataan ‘kepala mak kau aku pijak’.

Saya tidak tahu kenapa isteri membenci keluarga saya, padahal keluarga saya tidak mencampuri urusan kami. Memang abang ada beri nasihat, tetapi sekadar nasihat dan isteri tak boleh terima.

Dalam tempoh hampir setahun perkahwinan, lebih 10 kali isteri meminta cerai dengan alasan remeh, tetapi saya bersabar. Saya pernah membawanya berjumpa kaunselor, tetapi selepas tamat sesi kaunseling, saya dijadikan tempat meluahkan kemarahan.

Habis ustaz yang memberi kaunselor itu dimakinya. Dia kata ustaz bodoh dan tak layak beri kaunseling. Saya pelawanya bertemu kaunselor sekali lagi, tetapi dia dengan tegas tidak mahu lagi mendapatkan kaunseling.

Sikap samseng isteri bertambah buruk apabila pernah satu ketika dia menggunakan kaki untuk mengejutkan saya daripada tidur. Dua kali dia tolak badan saya dengan kaki saya diam, masuk kali ketiga saya tepis kakinya dan memarahinya.

Pernah juga kerana saya lewat menjawab panggilan telefon dan SMSnya, komputer riba syarikat yang saya gunakan dihempas sampai hancur. Dia SMS kepada saya: “Hahaha... aku dah pecahkan notebook (komputer riba) kau.”

Paling mengecewakan saya, isteri pulang ke kampungnya untuk bersalin dan saya hanya diberitahu ketika isteri hampir bersalin. Kelam kabut jadinya apabila saya terpaksa tergesa-gesa pulang ke kampung isteri.

Saya datang bersama abang kerana saya minta pertolongannya untuk bergilir-gilir memandu. Apabila isteri melahirkan anak kami, saya mahu mengazankannya, tetapi mentua seperti tidak membenarkannya.

Namun saya buat juga kerana bayi itu anak saya. Sedih saya dibuatnya apabila ibu mentua sengaja menunjukkan arah kiblat yang salah ketika saya mahu mengazankan anak saya.

Seperti menidakkan zuriat saya kepada bayi itu, selepas saya mengazankan anak saya, dengan segera ayah mentua mengazankannya dengan kedudukan kiblat yang betul.

Dalam keadaan selepas bersalin, isteri sekali lagi buat hal apabila menghantar SMS memaki hamun saya kerana membawa bersama abang saya, walhal abang saya tunggu di luar saja. Saya dan keluarga saya dikatakannya sial... ibu bapa saya dikatakannya bodoh dan keluarga saya lebih teruk daripada kafir.

Saya terus diketepikan isteri dan keluarganya. Saya tidak dialu-alukan bersama isteri. Ketika mendapat tahu anak saya ditempatkan di wad kerana demam kuning selepas pihak hospital menghubungi saya, cubaan saya untuk menghubungi isteri tidak berjaya.

Telefon tidak diangkat, SMS tidak dibalas selepas beberapa hari. Satu ketika isteri membalas SMS, tetapi bukan memberitahu mengenai keadaan anak saya tetapi meminta memasukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya.

Bercerita mengenai wang, isteri kini menuntut wang daripada saya yang dikatakan sebagai hutang perkahwinan satu ketika dulu.

Walhal, ketika memberi wang berkenaan, kami berjanji ia adalah wang bersama, tetapi atas rasa tanggungjawab saya cuba juga membayarnya semula sedikit demi sedikit.

Soal saya terpaksa menggunakan wangnya adalah atas kehendaknya. Saya merancang dan menyediakan untuk membuat kenduri kecil-kecilan di sebelah keluarga saya, tetapi dia mahu buat kenduri besar.

Saya tidak mahu kerana tidak cukup wang, tetapi dia memberi wangnya untuk merealisasikan kenduri yang diimpikannya. Saya akur, tetapi sekarang dia mula mengungkitnya semula.

Hampir setahun berumah tangga, saya sudah memikirkan sedalam-dalamnya untuk berpisah dengan isteri. Apa guna saya terus bersabar kerana isteri terus membuat dan melayan saya seperti ‘kain buruk’.

Kerana kecewa, Razman berkesempatan menghasilkan coretan khas buat isterinya:

Abang sayangkan sayang
Walaupun sayang SMS kat member-member ofis abang cakap yang abang ni berpenyakit...
Abang sayangkan sayang
Walaupun lebih 10 kali sayang minta cerai
Abang masih sayangkan sayang
Walaupun sayang hina adik-beradik abang
Abang sayangkan sayang
Walaupun sayang hina abang ada SPM saja
Abang sayangkan sayang
Walaupun sayang gunakan kaki sayang untuk gerakkan badan abang
Abang sayang lagi
Walaupun sayang keluar rumah tanpa izin abang

Abang harapkan SMS ucapan kerinduan dari sayang
Ucapan kasih sayang dari sayang
Ucapan puitis cinta dari sayang
Bukan caci dan maki daripada sayang...

Sekarang hati abang dah tawar
Tawar sangat
Sayang faham maksud abang?
Takkan pasal tak angkat telefon sayang nak hantar macam tu?
Dah tu sayang kenapa hantar SMS kat adik- beradik abang?
Malu abang, malu sangat
Tapi abang sayang lagi... tapi bukan kepada sayang
Abang sayang kat anak abang yang comel itu
Bagi abang sayang sudah tak wujud di dalam hati abang

Tapi sayang jangan risau...
Allah SWT maha mengasihani...
Hari-hari lepas solat abang berdoa...
Berdoa kepada yang Esa supaya cinta abang berputik semula...
Supaya kasih abang kepada sayang bertaut kembali...
Walaupun hakikatnya abang sudah benci sayang...

Yang dikasihi,
Suamimu yang tercinta.

Make Me Smile

Buatlah diriku tersenyum kembali bak kata lagu Sheila On 7




Buat Aku Tersenyum

Datanglah sayang, dan biarkan ku berbaring
Di pelukanmu, walau untuk sejenak
Usaplah dahiku, dan ‘kan ku katakan semua
Bila ku lelah tetaplah disini,
jangan tinggalkan aku sendiri
Bila ku marah, biarkan ku bersandar,
jangan kau pergi untuk menghindar
Rasakan resahku, dan buat aku tersenyum
Dengan canda tawamu, walaupun ‘tuk sekejap
Kar’na hanya engkaulah, yang sanggup redakan aku
Kar’na engkaulah satu-satunya untukku,
dan pastikan kita s’lalu bersama
Kar’na dirimulah yang sanggup mengerti aku,
dalam susah ataupun senang
Dapatkah engkau s’lalu menjaga ku
Dan mampukah engkau mempertahankanku
Diriku sudah penat dengan segala kepayahan yang ku tempuhi selama ini,ingin diriku menerjah ke alam yang baru alam yang bahagia di mana tiada derita di dalamnya. Pernah jua ke merantau di lubuk hati mencari apa yang tersembunyi di sebalik semua ini tapi tidak ku temui kerana akalku amatlah pendek dan terbatas. Tidak semua apa yang kita mahukan akan menjadi kenyataan contohnya diriku ini,ku inginkan sesuatu dari dulu lagi tapi sehingga kini masih tidak tercapai,sudah hampir 9 tahun ku mengimpikannya tapi tidak kesampaian. Sudah berkali-kali aku hampir mendapatkannya tetapi apa malang nasib tidak menyebelahiku,pernah pada satu tahun itu aku sudah hampir mengapai apa yang ku idamkan selama ini tapi dek kerana kegopohan tiada apa ku dapat. Seperti lagu too phat, 1 2 3 4 tiada apa ku dapat. Ingin ku capaikan jua impianku dari sekolah dulu lagi hingga berjaya,tak ku kisah apa halangannya tetap jua ku tempuh demi sebuah senyuman kepuasan mencapai apa yang di ingini.
Inilah impianku dari form 2 lagi.. 

Saturday, January 22, 2011

I Have Nothing In My Life

     When something happen to me makes me to think twice what have I did before the ‘something’ happens. And when I got into trouble make me wonder it is right what I’m doing right now? Something quite weird in my life and I wonder again what is it. After take a lot of time of thinking now I realized that all things that happen is from me from my mistakes. When I grow and grow I learn from my mistakes but I did it again and again and again. When the time like this will end and cover up with the new era and life that will cheer me every single of time. I want to be a happy boy ever but when I will be true? Sometime I’m look at myself, what I have now? Nothing, I have nothing. No money, no car, no credit card, no house, no job, no 125z, no what I want and more 'no' than I have it.

Friday, January 21, 2011

Cara Masak Bihun Goreng

Senang aja dong.. nanti bisa say explainnya ogew.. Korang mesti pernah makan bihun kan,seumur hidupku tak pernah lagi ku dengar ada orang elergi sepi dengan bihun ni malah ramai yang suka banget sama bihun. Biasanya makan kat kedai tak kenyang sangat sebab sikit sahaja dia bagi so better kalau kita buat sendiri kan. Jom kita sama-sama belajar cara masak bihun k.




Bahan-Bahan:
600 gm bihun [rendamkan lembut dan toskan]
200 gm isi ayam [hiris nipis]
200 gm sawi [potong pendek]
250 gm kobis [racikkan]
1 batang carrot [potong halus saperti batang mancis]
3 keping tauhu [gorengkan dan hiriskan nipis]
3 sudu besar minyak
sedikit kicap
garam
air

Bahan Mesin/Tumbuk
10 biji cili api
6 biji cili merah
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehinggan wangi.
2. Masukan isi ayam dan kacau rata.
3. Bila nampak masak masukkan garam dan air. Kacau rata.
4. Masukkan kobis, carrot dan bihun. Kacau rata sehingga sebati.
5. Bila nampak bihun lembut masukkan sawi.
6. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam.
7. Bila menghidang, taburkan hirisan racik daun bawang dan daun sup.

Sunday, January 16, 2011

Sungai Lui – Aizat

Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini

Kacang Cap Penumbuk/Tangan

Kacang adalah perkataan yang biasa digunakan bagi biji yang besar, kering dan berminyak atau buah bagi sesetengah tumbuhan. Walaupun pelbagai jenis biji-bijian dan buah-buahan dipanggil kacang, cuma sejumlah kecil dikira sebagai kacang sebenar oleh ahli biologi. Kacang merupakan sumber zat makanan yang penting bagi manusia dan juga hidupan liar.


Sebiji kacang adalah sejenis biji. Kacang adalah biji dan buah, dan tidak boleh dipisahkan. Biji benih datang daripada buah, dan boleh dikeluarkan daripada buah, contohnya badam, gajus dan walnut yang perlu dikeluarkan daripada buahnya. Kacang pistasio yang dikenali sebagai sejenis kacang untuk masakan, tidak dikira sebagai sejenis kacang dari segi biologi.


Kenapa aku bercerita tentang kacang? Kerana aku sedang makan kacang cap tangan sekarang ni. Sedap dan nikmat sangat tetapi awas kerana sesetengah orang termasuk aku allergi kepada kacang ni. Nanti dalam 2 3 hari lagi boleh tengok la jerawat kat muka aku nanti muncul. Ada aku terbaca info bagitau bahawa bukan kacang yang menyebabkan kulit berminyak dan berjerawat tetapi kulit kacang so kalau nak mentekedarah kacang gak buang dulu kulitnya.
Tapi aku tak buang pun,main telan je semuanya.

Saturday, January 15, 2011

Motorku Pancit

Sempena tahun baru ni aq nk wat sumer calculation yang sepatutnya untuk aku merancang perbelanjaan dan pengurusan hidup aku.. aku tak mau ter miss pun even benda kecik dan pada pagi ni motor aku buat hal lagi la.. Nasib baik dia pancit dah dekat dengan rumah dah,lebih kurang dalam 1 kilometer jek lagi kalau 10km mau nanya aq nak tolak sumer tu.. Kcian kat aku tadi,macam monyet da coz kena ke depankan badan aku supaya berat badan aku ditampung oleh tayar yang tak pancit iaitu tayar hadapan..


Dalam pukul 1pm aku baiki la kot motor tu.. So untuk aku menjimatkan dan menbajetkan perbelanjaan aku baiki la sendiri.. Aku ni tak da la terror sangat bab-bab motor ni tapi boleh la kalu setakat tayar pancit tu aku ley setelkan dalam masa half an hour.. Untuk tahun ini,ni adalah first time die pancit,da memang ditakdirkan kan pancit pagi ni.. Semalam da dapat rasa da tapi aku buat dono jek so sekarang terimalah akibat kecuaian diriku sendiri..


Bila da nama pengguna motor memang tak layak lagi di gelar pengguna motor sekiranya tak ada pengalaman tayar pancit... So,cepat-cepat la pancitkan tayar motor korang sumer..hak3..

Thursday, January 13, 2011

Teknik Belajar Yang Betul-part 4/last


Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga
Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya  dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga.  Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga.  Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya.  Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.

Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September.  Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab.  Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika  anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil.  Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba.  Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.

Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji.  Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada.  Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda.  Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”

Ke sembilan belas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar.  Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda.  Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut.  Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka.  Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.

Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah.  Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah.  Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.  

Kesimpulan
Belajar adalah suatu seni.  Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan.  Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

Wednesday, January 12, 2011

Kerja Meneruskan Perjalanan Hidup

Dalam kul 5pm lebih kurang aku mendapat panggilan telefon dari pihak jaya jusco bukit raja bandar baru klang bertanyakan tentang kekosongan masa untuk memberi aku kerja sebagai casual worker,apa yang ku jawab adalah yes,xda masalah,ok jek dan dengan erti kata lain semuanya adalah jawapan positif dan bersetuju dengan apa jua keputusan pihak pengurusan jusco..


Mintak-mintak la aku dapat kerja bagi meneruskan kehidupan bertaraf tinggi di bandar shah alam ini..

Merindui Arwah Ibuku dan Abang

Saat keseorangan akan terkenanglah daku pada orang-orang yang ku sayang yang telah dahulu pergi sebelumku... Arwah ibuku pergi ke Rahmatullah pada 25hb Julai 2010 bersamaan hari Ahad manakala abangku pula meninggal pada 28hb Ogos 2004 bersamaan hari Sabtu.. Aku sangat-sangat merindui arwah..


Ni adalah gambar kenangan arwah bersama rakan-rakannya yang lain.. Al-fatihah untuk arwah ibuku dan abangku.. Al-fatihah..

Teknik Belajar Yang Betul-part 3

Kita sambung lagi ok,da praktis blom teknik belajar yang betul yang dikongsi hari tu? Sama-samalah kita praktis apa yang baik untuk diri kita ia.

Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain.  Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka.  Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.

Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik.  Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah.  Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke  6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.

Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan.  Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut.  Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang.  Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen. 

Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji
Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak.  Apa yang anda hendak capai.  Apakah corak hidup yang anda hajatkan.  Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih.  Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda?  Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda.  Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.
Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan.  Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas .  Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan.  Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).