Friday, November 5, 2010

Telur Separuh Masak Best dan Sedap

Telur adalah makanan yang paling murah dan senang serta mudah untuk disediakan.Telur banyak kegunaannya dan yang paling selalu orang buat ialah masak telur atau goreng telur. Orang Cina suka makan telur rebus tetapi kebanyakkan orang kita suka makan telur separuh masak.Kalau nak best lagi cuba telur ayam masak kampong.Memang sedap dan berkhasiat. Telur separuh masak atau masak separuh nampak macam senang nak diisediakan tapi sebenarnya susah nak bagi sedap.



Sedap sangat-sangat kalu dapat makan telur separuh masak ni, campur dengan black pepper memang ummpphhh la mengalahkan telur rebus. Apa lagi jom la kita semua makan telur separuh masak buat makanan pagi, bukan susah pun cara penyediaannya. Senang dan semudah ABC je.

Thursday, November 4, 2010

Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Galas (N45)


Seperti yang kita maklum bahawa Y.B Encik Chek Hashim Bin Sulaima talah meninggal pada 27 September 2010. Arwah yang juga merupakan penyandang bagi kawasan N45, DUN Galas, Gua Musang, Kelantan. Oleh yang demikian, maka diadakan pilihan raya kecil bagi kawasan Galas.


Hari ini, 4 november 2010 pilihan raya dijalankan tanpa sebarang gangguan yang kritikal dan tempat-tempat panas dipantau.

Calon-calon untuk DUN 45 adalah;

1     Dr. Zulkefli Mohamad     Parti Islam Se-Malaysia (PAS)    
2     Abdul Aziz Yusoff           Barisan Nasional (BN)

Daftar Pemilih yang digunakan ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) yang telah dikemaskini sehingga 27 September 2010. Pecahan daftar pemilih di DUN Galas adalah seperti berikut:

Jumlah pemilih berdaftar: 11,553 orang
Jumlah pemilih biasa: 11,426 orang
Jumlah pemilih pos: 127 orang

Perjalanan keputusan pengundian;

6:20 Petang: BN mendahului dengan 74 majoriti
6:50 Petang: PAS – 1,158 BN – 1,254
7:10Petang: PAS – 2,348 BN – 3,258
7:40Petang: BN berpeluang merampas kerusi DUN Galas.
8:00Petang: PAS – 4,108 BN – 5,177
8:45 Petang: PAS – 4,143 BN – 5,324 (BN menang dengan majoriti 1,190) [KEPUTUSAN RASMI]





Keputusan untuk DUN 45, Galas Gua Musang sudah saya jangkakan sebenarnya berdasarkan kerancakkan jentera BN berkempen. Memang nampak jelas keghairahan BN ingin merampas kerusi DUN 45, boleh dikatakan semua kompenan-kompenan BN turun padang bagi membantu calon BN memenangi kerusi DUN Galas. Apa-apapun sekalung tahniah buat Abdul Aziz Yusoff yang memenangi pilihan raya kecil DUN 45 ini.

Monday, November 1, 2010

Belanjaan Pelajar


Setiap semester bagi pelajar ijazah sarjana muda yang mengambil PTPTN akan mendapat RM3000 +/- pada awal semester. Cukupkah duit sebanyak itu digunakan untuk perbelanjaan hidup sebagai seorang pelajar?
Disini adalah pendapat saya tentang perbelanjaan hidup di ipt.


Pinjaman PTPTN = RM3000
Perbelanjaan untuk seminggu = RM3000/19 = RM158
( 14 minggu kuliah + 3 minggu exam week + 1 minggu study week + 1 minggu mid-term)
Makan = RM10 * 7 = RM70
Topup = RM10
Minyak motor = RM15 (Motor RXZ)
2T =RM6 ( Sebotol untuk 2 minggu)
Assignment = RM2 (Ambil purata la ni)
Hepi-hepi a.k.a enjoy la = RM10
Buku-buku nota samada fotostat baru = RM10
Menabung = RM2 (konon la)
Unexpected tragedy such as motor pancit,pc rosak,plug motor kena tukar = RM15
Sewa rumah = RM150/4 = RM38
Lepak minum ngan kawan-kawan = RM6
Mengidam makan 'mewah' = RM5
Alat tulis = RM2 (kes hilang sokmo nih)
Kebersihan dan kekemasan diri = RM10

yang lain tambah sendiri la ea,ni jek dapat pikir pada masa ni. Jumlah semuanya sudah melebihi yang sepatutnya. RM201,lebihan perbelanjaan sebanyak RM43. So, pandai-pandai la korang kalau nak hidup dengan duit yang terhad tu ok.

Harga Petrol Dalam Tempoh 20 Tahun.



Sebelum 90 – RM 0.89
Tahun 1990 – RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 – RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 – RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 – RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 – RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 – RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 – RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 – RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 – RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 – RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 – RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
04/06/2008 – RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)
22/08/2008 – RM 2.55 (turun RM 0.15)
25/09/2008 – RM 2.45 (turun RM 0.10)
15/10/2008 – RM 2.30 (turun RM 0.15)
01/11/2008 – RM 2.15 (turun RM 0.15)
18/11/2008 – RM 2.00 (turun RM 0.15)
03/12/2008 – Rm 1.90 (turun RM 0.10)
16/12/2008 – RM 1.80 (turun RM 0.10)




Pada tanggal 4hb 6 2008 adalah kenaikan yang menggila sepanjang tempoh 20 tahun. Kenaikan sebanyak 78sen pada masa itu amat mengejutkan rakyat dan negara, kesan yang paling ketara dirasai adalah dari golongan mereka yang berpendapatan rendah seperti kerani dan pekerja kilang. Mereka terpaksa bekerja lebih masa bagi menampung taraf hidup pada masa itu. Kita dapat lihat pada masa itu statistik penjualan motosikal naik dek kerana tidak lagi mampu untuk mengisi minyak kereta. Kalau dahulunya kereta kancil atau saga, full tank hanyalah antara RM20-RM70 sahaja tapi telah naik sejak kenaikan harga petrol yang dikatakan tertinggi dalam sejarah negara. Kereta saga a.k.a kereta kebal untuk penuh pun hingga mencecah RM100. Pada hari ini a.k.a 2 November 2010, harga minyak naik lagi tapi jangan salah faham hanya minyak Ron97 sahaja yang naik sebanyak 5 sen sahaja.




Susahnya jika seseorang itu berpendapatan sederhana...