Friday, December 31, 2010

Tahun Baru Azam Baru?

Happy New Year

Bismillahirahmanirahim.... Dengan lafaz bismillah saya akan memulakan hidup baru di tahun baru ini.. Bersyukur tak terkira ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya dipanjangkan umur lagi sampai sekarang,diberikan kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezeki tidak terkira olehNya seperti kesihatan,dijauhi segala penyakit,dipermudahkan urusan hidup dan segalanya... Hargai setiap saat seperti setiap jam... Hidup ini indah...

Semoga lebih ceria sentiasa

Setiap tahun mesti kalian akan mendengar tentang azam dan perubahan yang ingin dilakukan oleh seseorang,ada yang ingin berubah menjadi lebih baik,ada yang ingin mengumpul kekayaan,ada yang ingin mencipta rekod tak kisah la apa jua rekod sekali pon dari segi pendidikan,sosial dan ekonomi. Ada juga yang berazam ingin berhenti merokok dek kerana kenaikkan harga rokok yang melambung tinggi sejak kebelakangan ini. Secara purata bagi seorang perokok,sebanyak RM300 di'bakar' begitu sahaja tanpa mendapat apa-apa manfaat pun dan ada juga ingin berhenti dek kerana keterlaluan menghisap rokok sampaikan out of budget... 

Semoga apa dihajati tercapai

Tidak kisah la apa azam kalian pada tahun 2011 atau 1.1.2011 semoga kalian mencapai apa target dan impian kalian yang kalian impikan.. Bermacam-macam azam dan pelbagai halangan mendatang untuk kita mencapai azam yang kita telah sematkan di hati sanubari kita.. Teruskan dan kuatkan azam dan semoga mencapainya mengikut perancangan yang telah dirancang...GO...

Thursday, December 30, 2010

Jutawan dan Hartawan Jeli

Korang baca dulu n tngok dlu,ini bkan MLM yang besa korang dgr tu... Ni spesel pnya... Tngak aq da la,tngk gmbar ni...

Ambo kayo...

Ingin dapat duit sbnyak tu dngan sekali cucuk kat ATM jek tnpa buat apa2 setakat isi borang shja dan sain2 macam golongan Datuk gtu? Jika anda bercita2 ingin mnjadi sperti sya,ambllah langkh mudah dan berkesan ini mesti berjya 99%,ramai telah berjaya mggapai duit sbnyak ni malahan lbih lagi coz gmbar atas tu juz 700RM jew.. maksimun perolehan smpai 3K.. Kawe nok tnjuk gmbar lgi bia sek mg jeles n deki blako,hahaha3.. Tngok hok ni plok...

Jutawan Segera dan sementara,hu3..

Setiap 1 ikat tu RM1k tau,da 4k kat ctu..btol aq xtpu ni sbb tu la aq nk kongsi ngan korang ni.. Peluang ni terbuka untk student IPT shja,kakitngan kerjaan xleh,swasta pon sma.. Nak tau sbb per pasni aq citer..hu3.. 
Benda ni halal di sisi Islam,stkat aq tau la.. Mudah n ambil msa smggu jew biasanya la n korang nk tau apa? Ni la jawabnya.....

Muahaha3,aq pnjam ngan PTPTN la...

Kat sini la smber aq dpat duit tu,hu3.. Pas hbis bljar kna keja n byar blk duit yg aq pgg xd,sja jew berlgak ngan duit pnjam..hahaha3.. Kcian kat aq..

Taiko Jeli Daa....?

Bila da bosan kan msti buat macam2 yg terlintas jek kat dlam kpla berklummur ni... Ni la contohnya...

Mau mati ka?
  
Masa ni tngah tggu awek dpan umah die coz tggu nk berbka pose sma... Perasaantak pisau ni berkilat gler? Nak tau knapa? Sbb pisau ni baru beli nk g gadoh kat area Subang,da kes yg mlibatkan aq.. Pandai x aq mnipu korang,hahahaha3.. Sbnarnya beli pisau ni coz nk kopek kelapa muda yg baru dbawa dari JB ke SA,klpa pandan lagi tu.. Parang xda so kitorang beli la pisau ni,RM7 shja..Murah dan berkualiti gak coz smpai skg msih tajam n utuh serta tidak berkarat.. Meta jah nk koyok nyo gna pisa ni,sup sap sup sap trus pissshhhh tubik i nyo sbb msa koyok terlbih pahtu kna purung dio,tubik la i mujo tok minum jah klu dop btal pose kawe.. Awek kawe sbtir nyo kawe sbutir, pahtu tggu buko poso.. tok brapo ingat la buko ngan lauk gapo male tu,hok ingat i nyo jah tu pon sbb ada gmbar ni...hu3..
Lu langsi lu mati

Koya macho molek kawe nih,ganas dop gmbar nih? Supo gengsta doh ni..Supo artis gtu... Bo hp kamera ok acap la ckit ambk gmbar bia gmbar tulo pon.. Tok caro doh kokre....

Ni diri kawe hok sengoti

Ni jah diri kawe bena,pkai sokok lagi msa ambik gmbar paspot... Kawe baik,suko tolg ore..hi3...Lama xberblog ni..Windu kat blog...

Friday, November 5, 2010

Telur Separuh Masak Best dan Sedap

Telur adalah makanan yang paling murah dan senang serta mudah untuk disediakan.Telur banyak kegunaannya dan yang paling selalu orang buat ialah masak telur atau goreng telur. Orang Cina suka makan telur rebus tetapi kebanyakkan orang kita suka makan telur separuh masak.Kalau nak best lagi cuba telur ayam masak kampong.Memang sedap dan berkhasiat. Telur separuh masak atau masak separuh nampak macam senang nak diisediakan tapi sebenarnya susah nak bagi sedap.



Sedap sangat-sangat kalu dapat makan telur separuh masak ni, campur dengan black pepper memang ummpphhh la mengalahkan telur rebus. Apa lagi jom la kita semua makan telur separuh masak buat makanan pagi, bukan susah pun cara penyediaannya. Senang dan semudah ABC je.

Thursday, November 4, 2010

Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Galas (N45)


Seperti yang kita maklum bahawa Y.B Encik Chek Hashim Bin Sulaima talah meninggal pada 27 September 2010. Arwah yang juga merupakan penyandang bagi kawasan N45, DUN Galas, Gua Musang, Kelantan. Oleh yang demikian, maka diadakan pilihan raya kecil bagi kawasan Galas.


Hari ini, 4 november 2010 pilihan raya dijalankan tanpa sebarang gangguan yang kritikal dan tempat-tempat panas dipantau.

Calon-calon untuk DUN 45 adalah;

1     Dr. Zulkefli Mohamad     Parti Islam Se-Malaysia (PAS)    
2     Abdul Aziz Yusoff           Barisan Nasional (BN)

Daftar Pemilih yang digunakan ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) yang telah dikemaskini sehingga 27 September 2010. Pecahan daftar pemilih di DUN Galas adalah seperti berikut:

Jumlah pemilih berdaftar: 11,553 orang
Jumlah pemilih biasa: 11,426 orang
Jumlah pemilih pos: 127 orang

Perjalanan keputusan pengundian;

6:20 Petang: BN mendahului dengan 74 majoriti
6:50 Petang: PAS – 1,158 BN – 1,254
7:10Petang: PAS – 2,348 BN – 3,258
7:40Petang: BN berpeluang merampas kerusi DUN Galas.
8:00Petang: PAS – 4,108 BN – 5,177
8:45 Petang: PAS – 4,143 BN – 5,324 (BN menang dengan majoriti 1,190) [KEPUTUSAN RASMI]





Keputusan untuk DUN 45, Galas Gua Musang sudah saya jangkakan sebenarnya berdasarkan kerancakkan jentera BN berkempen. Memang nampak jelas keghairahan BN ingin merampas kerusi DUN 45, boleh dikatakan semua kompenan-kompenan BN turun padang bagi membantu calon BN memenangi kerusi DUN Galas. Apa-apapun sekalung tahniah buat Abdul Aziz Yusoff yang memenangi pilihan raya kecil DUN 45 ini.

Monday, November 1, 2010

Belanjaan Pelajar


Setiap semester bagi pelajar ijazah sarjana muda yang mengambil PTPTN akan mendapat RM3000 +/- pada awal semester. Cukupkah duit sebanyak itu digunakan untuk perbelanjaan hidup sebagai seorang pelajar?
Disini adalah pendapat saya tentang perbelanjaan hidup di ipt.


Pinjaman PTPTN = RM3000
Perbelanjaan untuk seminggu = RM3000/19 = RM158
( 14 minggu kuliah + 3 minggu exam week + 1 minggu study week + 1 minggu mid-term)
Makan = RM10 * 7 = RM70
Topup = RM10
Minyak motor = RM15 (Motor RXZ)
2T =RM6 ( Sebotol untuk 2 minggu)
Assignment = RM2 (Ambil purata la ni)
Hepi-hepi a.k.a enjoy la = RM10
Buku-buku nota samada fotostat baru = RM10
Menabung = RM2 (konon la)
Unexpected tragedy such as motor pancit,pc rosak,plug motor kena tukar = RM15
Sewa rumah = RM150/4 = RM38
Lepak minum ngan kawan-kawan = RM6
Mengidam makan 'mewah' = RM5
Alat tulis = RM2 (kes hilang sokmo nih)
Kebersihan dan kekemasan diri = RM10

yang lain tambah sendiri la ea,ni jek dapat pikir pada masa ni. Jumlah semuanya sudah melebihi yang sepatutnya. RM201,lebihan perbelanjaan sebanyak RM43. So, pandai-pandai la korang kalau nak hidup dengan duit yang terhad tu ok.

Harga Petrol Dalam Tempoh 20 Tahun.



Sebelum 90 – RM 0.89
Tahun 1990 – RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 – RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 – RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 – RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 – RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 – RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 – RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 – RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 – RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 – RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 – RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
04/06/2008 – RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)
22/08/2008 – RM 2.55 (turun RM 0.15)
25/09/2008 – RM 2.45 (turun RM 0.10)
15/10/2008 – RM 2.30 (turun RM 0.15)
01/11/2008 – RM 2.15 (turun RM 0.15)
18/11/2008 – RM 2.00 (turun RM 0.15)
03/12/2008 – Rm 1.90 (turun RM 0.10)
16/12/2008 – RM 1.80 (turun RM 0.10)




Pada tanggal 4hb 6 2008 adalah kenaikan yang menggila sepanjang tempoh 20 tahun. Kenaikan sebanyak 78sen pada masa itu amat mengejutkan rakyat dan negara, kesan yang paling ketara dirasai adalah dari golongan mereka yang berpendapatan rendah seperti kerani dan pekerja kilang. Mereka terpaksa bekerja lebih masa bagi menampung taraf hidup pada masa itu. Kita dapat lihat pada masa itu statistik penjualan motosikal naik dek kerana tidak lagi mampu untuk mengisi minyak kereta. Kalau dahulunya kereta kancil atau saga, full tank hanyalah antara RM20-RM70 sahaja tapi telah naik sejak kenaikan harga petrol yang dikatakan tertinggi dalam sejarah negara. Kereta saga a.k.a kereta kebal untuk penuh pun hingga mencecah RM100. Pada hari ini a.k.a 2 November 2010, harga minyak naik lagi tapi jangan salah faham hanya minyak Ron97 sahaja yang naik sebanyak 5 sen sahaja.




Susahnya jika seseorang itu berpendapatan sederhana...

Friday, October 22, 2010

Kelantan VS Kedah



Apakah pendapat anda untuk perlawanan Kelantan melawan Kedah 23hb10 2010 ni? Siapa yang dapat meneruskan perjuangan ke final bertemu Johor FC atau Negeri Sembilan yang pada ketika ini Johor FC mengatasi hobin jang hobin dengan kelebihan 1 gol di tempat lawan. Adakah Negeri Sembilan dapat mengejar Johor FC? Berbalik kepada isu Kelantan melawan Kedah,siapa yang dapat maju ke depan dimana kedudukan sekarang adalah seri tanpa jaringan. Kalau diikutkan dari segi sokongan penyokong ternyata Kedah akan tewas kerana perlawanan kedua adalah di Kelantan,dijangkakan penyokong Kelantan akan memenuhi stadium kali ini kerana ia merupakan perlawanan separuh akhir yang kedua dan merupakan perlawanan kalah mati yang menentukan siapa yang layak ke final. Berbalik ke perlawanan Johor FC dan Negeri Sembilan,andai Johor FC memenangi perlawanan kali ini menunjukkan kebangkitan Johor FC dalam arena Liga Malaysia kita. Apa-apa pun,kita tengok 23hb ini keputusannya. Aku mengharapkan Kelantan dan Johor FC akan bertemu di final. Gomo Kelate Gomo.

Nantikan kejutan yang bakal berlaku, tidak dilupa mercun yang bakal memeriahkan lagi keadaan.

Saturday, October 16, 2010

Habis Madu Sepah Dibuang

 
Bingkisan ini ku tuliskan buat renungan mereka yang bergelar insan..Insan???
Hidup ini penuh dengan kekalutan..penuh dengan kekecewaan..Takdirkah yang perlu dipersalahkan? Atau kerakusan manusia yg menjadi dalang? Seringkali aku bertanya, kenapa semua ini berlaku?..dan setiap kali itulah jugak aku kecewa, hampa!!

Kisah hidupku bermula di sebuah pub terkenal di ibu kota. Aku ditempatkan di suatu tempat yg sempit bersama 19 yg lain. Taukey Leong..yaaaa..aku masih ingat nama itu..dialah yg memiliki kami..

Suatu malam datang seorang lelaki bernama Joe, Aku tak pasti apa yg dibincangkan oleh Joe dgn Taukey Leong..apa yg aku ingat..setelah itu Joe menghampiri dan membawa aku pergi.. aku resah meninggalkan kawan-kawan yang lain. Mereka hanya mampu melemparkan pandangan sayu penuh simpati padaku dan jugak pada diri mereka sendiri..kerna mereka sedar, mereka juga bakal menerima nasib yang sama.
Joe membawa aku berjalan-jalan menyusuri kaki lima ibu kota dengan riang..sungguh indah pemandangan bandaraya ini..alangkah bahagianya jika aku dapat menikmati malam-malam begini tanpa kongkongan..tanpa perlu menjadi hamba kepada sesiapa.. Tiba-tiba Joe berhenti..melabuhkan punggung sambil tersenyum, menyeringai seolah-oleh ada sesuatu yg sedang mengeletek nafsunya..perlahan-lahan Joe menyentuh tubuhku..dilurut-lurutnya berkali-kali..aku rimas diperlakukan sebegini, namun apakan daya..sebagai makhluk yg lemah aku hanya mampu membiarkan tangan sasa itu menguliti sekujur tubuhku. Joe semakin rakus..aku dikucupnya berkali-kali..terasa sekujur tubuhku membahang...uhhh!! TIDAK!!!! Raungan itu hanya mampu berkumandang di benakku..tubuhku semakin longlai dikerjakan Joe. Sampainya hatimu Joe..engkau manusia berhati binatang!!!syaitan!!! bertopengkan manusia..
Joe menghela nafas panjang..bibirnya dijauhkan dari tubuh monggelku..apakah dia sudah sedar akan perbuatannya??apakah dia kini menyesal?..Syukurlah jika begitu..masih ada rupanya secebis perasaan simpati dalam hati yg tadinya bagai ditunggang iblis.. Suasana sepi seketika..Joe senyap tanpa sebarang bicara..entah berapa kali jam di tangan direnunginya... Sayup? kedengaran beberapa suara..seakan menghapiri kami..Joe kelihatan begitu gembira menyambut kehadiran beberapa orang lelaki itu..Seorang darinya merenung tajam kearah tubuh bugarku ini..aku resah dengan renungan itu..renungan yg dipenuhi nafsu serakah..
Joe memperkenalkan aku pada nya..Roy, begitu jugak dengan yg lain-lain...Jack, Poie dan si gemuk itu..Agi. Roy membisikkan sesuatu pada Joe..dah tanpa ku sedar aku kini berada dalam genggaman Roy. Perkara terkutuk tadi dilakukan lagi, dari tangan ke tangan aku berpindah, aku dikucup..diisap..diramas sepuas-puasnya Aduhh!!! aku tak mampu lagi menahannya..seluruh tubuhku bagaikan hancur menjadi abu. Tubuhku dikecap mereka sepuas hati..dan akhirnya, setelah mereka puas memperlakukan diriku, aku dihumbankan di tepi longkang. Habis madu sepah dibuang!!! maruah hidupku hancur..aku diperlakukan lebih hina daripada seekor anjing..Kenapa manusia begitu kejam?..tidakkah mereka sedar..aku juga punya harga diri??? syaitan-syaitan itu tak mungkin akan mengerti..Kini..tinggallah aku sendirian..menangis..merintih mengenangkan nasib hidupku.

Ya..inilah nasib hidupku!!!!!!!!!!




Yang Benar,
SEPUNTUNG ROKOK

Rokok lah .... abih korang pikir apa huh? :)
Kusyuk nampak membaca....hehehhehe.

Friday, October 1, 2010

Why Is Education So Important?

     The first thing that strikes me about education is knowledge gain. Education gives us the knowledge of the world around us. It develops in us a perspective of looking at life. It helps us build opinions and have points of view on everything in life. People debate over the subject of whether education is the only thing that gives knowledge. Some say, education is the process of gaining information about the surrounding world while knowledge is something very different. They are partly right. But the conversion of information to knowledge is possible because of education. Education makes us capable of interpreting rightly the things perceived. Education is not about lessons and poems in textbooks. It is about the lessons of life.

      The words 'cultivate' and 'civilize' are almost synonymous to the word 'educate'. That says it! Education is important as it teaches us the right behavior, the good manners thus making us civilized. It teaches us how to lead our lives. Education is the basis of culture and civilization. It is instrumental in the development of our values and virtues. Education cultivates us into mature individuals, individuals capable of planning for our futures and taking the right decisions. Education arms us with an insight to look at our lives and learn from every experience. The future of a nation is safe in the hands of educated individuals. Education is important for the economic growth of a nation. It fosters principles of equality and socialism. Education forms a support system for talents to excel in life. It is the backbone of society.

      Education is important because it equips us with all that is needed to make our dreams come true. Education opens doors of brilliant career opportunities. It fetches better prospects in career and growth. Every employer of today requires his prospective employees to be well educated. He requires expertise. So, education becomes an eligibility criterion for employment into any sector of the industry. We are rewarded for exercising the expertise required for the field we venture. We are weighed in the market on the basis of our educational skills and how well we can apply them.

      Education is essential as it paves the path leading to disillusionment. It wipes out all the wrong beliefs in our minds. It helps create a clear picture of everything around us and we no more remain in confusion about the things we learn. Education brings up questions and also devises ways to find satisfactory answers to them. Education is about knowing that everything has a science to it, it is about learning to reason everything till every question meets its answer. Education can lead us to enlightenment. It is education that builds in every individual, a confidence to take decisions, to face life and to accept successes and failures. It instills a sense of pride about the knowledge one has and prepares him/her for life!

      Schools and colleges define the basic framework of education. Schooling gives us the fundamentals whereas we specialize in fields of our interest, during the degree courses. But education does not end here. It is a lifelong process. Self-learning begins at the point that marks the end of institutional education. The process of self-learning continues.


"We shall not grow wiser before we learn that much that we have done was very foolish." - F. A. Hayek

Tuesday, September 21, 2010

Kes bunuh Sosilawati: Ikut cakap emak

GOMBAK: “Ada hikmahnya Rita ikut cakap emak supaya terus balik dari United Kingdom (UK) untuk menguruskan perniagaannya. Kalau ikutkan, Rita mahu bekerja dulu di sana untuk cari pengalaman selepas tamat pengajian,” kata Erni Dekritawati Yuliana Bukhari, 25, atau lebih dikenali sebagai Rita.

Anak sulung pengasas empayar kecantikan Nouvelles Visages, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, jutawan kosmetik yang dibunuh kejam bersama tiga individu lain, tidak menyangka sikap akur terhadap cakap ibu mempunyai hikmah di sebaliknya.

Pemegang ijazah Sarjana Perniagaan Antarabangsa Universiti Nottingham Trent, UK itu berkata, operasi Nouvelles Visages akan berjalan seperti biasa dan dia mengambil alih tanggungjawab menerajui empayar perniagaan ibunya dengan dibantu empat beradiknya yang lain serta kakitangan berpengalaman.

“Rita masih ingat kata-kata emak supaya segera pulang dari UK dan meminta tidak membazir waktu, sedangkan dia boleh memberi tunjuk ajar selok-belok dunia perniagaan.

“Sejak mengambil alih perniagaan enam bulan lalu, banyak yang Rita pelajari. Emak banyak membimbing Rita dan adik lain menguruskan perniagaan,” katanya yang juga Pengarah Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd kepada Metro Ahad, di sini, semalam.

Selain memasarkan produk kosmetik dengan beratus rangkaian termasuk stokis dan cawangan, Nouvelle Beauty Centre membuka galeri pengantin, penjagaan kesihatan, salun rambut dan kecantikan serta hartanah.

Butik andaman pengantin, salun rambut dan spa beroperasi di Wisma Nouvelle, Cyberjaya. Nouvelle Development pula membangunkan kawasan komersial di Kota Damansara.

Menurut Rita, sebagai anak sulung, cabaran berat harus dipikul mengambil alih perniagaan dan menguruskan keluarga yang selama ini digalas ibunya.

Bagaimanapun, dia akan mendapatkan pandangan daripada orang berpengalaman serta berbincang dengan adik beradik sebelum membuat sesuatu keputusan membabitkan perkara penting.

“Sejak kes ini berlaku, Rita tidak sanggup menonton televisyen dan membaca surat khabar kerana terlalu sedih. Walaupun terlalu pahit, Rita boleh menerima kenyataan. Kami sekeluarga harap rakyat Malaysia sama-sama mendoakan roh emak dan tiga yang lain dicucuri rahmat.

“Rita juga tidak berniat untuk tidak memberi kerjasama dengan pihak media, tetapi buat masa ini masih belum bersedia. Kami masih bersedih dan harap mereka faham situasi sekarang ini,” katanya yang turut memperketat kawalan keselamatan untuk keluarga sebagai langkah berjaga-jaga.

Bekas suami Sosilawati yang juga vokalis Lefthanded, Jamaluddin Elias atau Nash, turut menziarah rumah Allahyarham Sosilawati di Taman Harmonis, di sini.

Dia yang berada hampir sejam di situ dilihat bertemu ibu Sosilawati, Yatmi Abdul Rahman, 80, selain memberi kata perangsang kepada bekas anak tirinya.

Kes bunuh Sosilawati: Perniagaan produk NV tak terjejas

KUALA LUMPUR: Kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya tidak menjejaskan perniagaan produk kecantikan Nouvelles Visages (NV) yang diasaskannya sejak 13 tahun lalu.

Malah, stokis produk terbabit yang dihubungi di seluruh negara, termasuk Brunei, menyatakan produk kecantikan syarikat terbabit terus mendapat permintaan hangat daripada pelanggan setia mereka.

Stokis di Ipoh, Perak, Chi Yah Yuan, 46, berkata perniagaan produk tidak terjejas, malah pelanggan setia terus membuat tempahan walaupun negara dikejutkan dengan pembunuhan kejam pengasas itu dan tiga lagi mangsa lain.

“Malah hari ini (semalam), saya ada di Kuala Lumpur untuk mengambil stok barangan kecantikan Nouvelles Visages. Produk keluaran syarikat ini disukai ramai tanpa mengira bangsa,” katanya yang menjadi stokis hampir dua tahun lalu.

Secara peribadi, katanya, dia mengenali Sosilawati sebagai seorang yang baik hati dan mudah mesra dengan sesiapa saja.

Pemilik stokis kecantikan Mahani Ima Beauty House berpusat di Batu Bersurat, Brunei yang dikenali sebagai Nia, 37, berkata jualan produk NV terus mendahului produk kecantikan lain sejak mula dipasarkan lapan tahun lalu kerana pengguna yakin dengan keberkesanan produk.

Bagaimanapun, katanya, kebanyakan pelanggan yang berkunjung ke stokisnya untuk mendapatkan produk NV akan bertanya mengenai kes itu selepas mengikuti perkembangannya melalui media di sana.

“Turun naik jualan produk perkara biasa. Sudah menjadi adat berniaga. Tentu ada persaingan daripada produk lain. Namun secara keseluruhannya, kes pembunuhan Sosilawati tidak mempengaruhi jualan produk kecantikan NV di sini,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, di sini, semalam.

Sosilawati, 47; pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44; perunding kewangan CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dipercayai dibunuh dan dibakar di sebuah ladang di Banting, Selangor sebelum abu mereka dibuang ke dalam Sungai Panchau, pada 30 Ogos lalu.

Pemilik stokis Raihanaz, Raihan, 37, berkata kes pembunuhan itu tidak memberi kesan kepada jualan produk kecantikan NV di Kota Tinggi, Johor.

“Produk NV memiliki pelanggan setia, jadi penjualan produk ini tidak tergugat sama sekali. Malah kami semua, termasuk pelanggan, bersimpati dengan keluarga Sosilawati,” katanya.

Pemilik Citra Anggun Beauty di Puchong Perdana, Selangor yang enggan dikenali berkata, penjualan produk NV stabil kerana ia dikenali umum sekian lama.

“Saya orang terawal menjual produk NV dan kenal rapat dengan Sosilawati. Berita kematiannya sungguh memilukan dan mengejutkan pengusaha stokis kecantikan. Namun, apa yang boleh saya katakan, setakat ini jualan produk tidak bermasalah,” katanya.

Tinjauan di ibu pejabat NV di Jalan Raja Bot, Kampung Baru, di sini, semalam turut mendapati premis berkenaan terus dikunjungi pelanggan.

Tak boleh beri tempoh

KUALA LUMPUR: Penggunaan analisis Asid Deoksiribonukleik (DNA) dalam mengenal pasti mangsa dalam sesuatu kes jenayah kadangkala menghadapi kesukaran dari segi pengesahan identiti mangsa.

Antara kesukaran dihadapi adalah tempoh masa diperlukan menjalankan profiling DNA ke atas bukti ditemui, termasuk cebisan tulang dan sampel rambut yang ditemui di lokasi kejadian.

Ketua Pengarah Jabatan Kimia, N Hithaya Jeevan, berkata ini termasuk pengesahan menggunakan DNA dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, bersama tiga rakannya, baru-baru ini.

“Kita menjangkakan profil DNA (kes pembunuhan Sosilawati dan tiga rakannya) itu akan disiapkan dalam masa terdekat ini. Bagaimanapun, kita tidak boleh meletakkan tempoh tertentu untuk menyerahkan profil DNA terbabit kepada polis.

“Jangka masa profil (DNA) untuk disiapkan bergantung kepada berapa banyak bahan bukti serta penemuan ditemui di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata, jabatan itu sebelum ini pernah mengendalikan kes rumit dan mengambil masa lama memperoleh keputusan profil DNA seperti kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Sharibuu serta kes bunuh, rogol dan bakar penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong.

“Kedua-dua kes itu juga mempunyai kerumitan untuk mendapatkan keputusan DNA tepat (bagi setiap kes). Kami perlu mengikut protokol antarabangsa digariskan,” katanya.

Menurutnya, dengan enam tenaga pakar forensik terlatih di jabatannya, beliau berharap ia dapat mempercepatkan keputusan profil DNA kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain sekali gus dapat menyelesaikan kes pembunuhan itu.

“Jika keputusan ini sudah diperoleh, kita akan rujuk kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank Noorhisham Mohammad, 38 dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Polis kemudian mengesahkan keempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar manakala abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting dekat sini.

Berikutan itu, Unit Forensik Polis menemui beberapa objek termasuk serpihan tulang dan sampel rambut yang dipercayai bahan bukti bagi kes pembunuhan itu dan menghantar sampel terbabit Jabatan Kimia untuk analisis minggu lalu.

Nik Aziz harap keluarga mangsa bersabar

KUALA LUMPUR: Kediaman jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya terus dikunjungi beberapa tetamu termasuk Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi menyampaikan ucapan takziah sebagai mewakili rakyat negeri Kelantan dan juga kerajaan negeri.

Pemimpin itu turut diiringi Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan disambut bekas suami arwah iaitu Buhari Mohamed.

Beliau tiba kira-kira jam 12.30 tengah hari dan meluangkan lebih sejam bertanya khabar kepada anak Sosilawati serta memberikan mereka semangat sebelum mengadakan majlis tahlil.

Ketika bercakap kepada media, Menteri Besar itu mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham sambil menyifatkan pembunuhan Sosilawati sebagai mengejutkan, kejam dan tidak berperikemanusiaan.

“Sebagai saudara sesama Islam, kita wajib berkunjung dan menziarahi saudara yang seagama dengan kita, dan kedatangan saya hari ini (semalam) mewakili rakyat Kelantan mengucapkan takziah kepada keluarga dan (harap mereka) sabar.

“Dia mati teraniaya, oleh itu kita doakan segala dosa-dosanya minta Tuhan ampunkan dan pahalanya minta dilipatgandakan,” katanya.

Jutawan kosmetik itu bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32; dilapor hilang sejak 30 Ogos selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Kes bunuh Sosilawati: RM1j setahun

BATU PAHAT: Pengasas rangkaian produk kecantikan Nouvelles Visage, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, bukan saja membantu menyediakan pekerjaan bagi membaiki taraf hidup ahli keluarga, malah memperuntukkan RM1 juta setahun bagi membiayai perbelanjaan anak yatim di seluruh negara.

Adik Sosilawati, Rosnani, 45, berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Johor, Dr Robia Kosai yang mengunjungi rumahnya, baru-baru ini.

Katanya, keluarga bukan mahu bermegah atau berbangga dengan pemberian kakaknya, namun berasa terharu kerana kakaknya tidak pernah melupakan asal usul dan menghulurkan bantuan kepada pelbagai pihak yang memerlukan.

“Hubungan kami rapat, namun keluarga tidak pernah mengambil tahu perbelanjaan dan cara Kak Wati menggunakan wangnya.

“Namun apabila Dr Robia memberitahu Kak Wati memperuntukkan RM1 juta untuk anak yatim seluruh negara setiap tahun, kami rasa terharu.

“Bukan niat mahu bermegah, tetapi terharu kerana ia membuktikan Kak Wati tidak pernah lupa pada awal perjalanan hidup kami yang susah dengan menghulurkan bantuan bagi membantu insan kurang bernasib baik ketika dia menerima rezeki yang melimpah ruah,” katanya.

Menurutnya, selain menghulurkan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik, kakaknya tidak lupa membantu adik-beradiknya bagi membolehkan mereka membaiki taraf hidup.

Katanya, selain sifat tidak suka meninggi diri, Kak Wati sentiasa mencari peluang membantu adik beradik, terutama menyediakan peluang pekerjaan.

Ketua Kampung Sri Menanti, Sri Medan, Omar Salleh, 63, berkata Sosilawati sebenarnya tidak suka pemberiannya diperbesarkan kerana tidak mahu dianggap menunjuk-nunjuk sedangkan dia ikhlas memberi bantuan.

“Sifat pemurah Sosilawati banyak membantu penduduk dengan memberi bantuan berterusan kepada Masjid Seri Dayong, Sri Medan; surau di Kampung Sri Menanti dan sekolah angkatnya, Sekolah Kebangsaan Seri Dayong serta Sekolah Agama Seri Dayong.

“Ketiadaannya bukan saja menyedihkan keluarga dan penduduk, malah murid sekolah yang banyak merasai pemberiannya sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, penduduk kampung berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dengan teliti bagi menjawab kehilangan Sosilawati.

Seorang penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad berkata, penduduk menghormati keluarga itu yang melalui pelbagai dugaan sepanjang tahun ini, terutama kehilangan Sosilawati.

“Jika benar suspek melakukan pembunuhan kejam itu, kami berharap hukuman keras dijatuhkan terhadap mereka.

“Kehilangan Sosilawati bukan saja ditangisi keluarga, malah penduduk kampung terasa kehilangan beliau yang banyak menabur jasa di kampung ini.

“Wang boleh dicari tetapi nyawa tidak boleh diganti, berikutan itu penduduk berharap jika benar Sosilawati dibunuh, biar pelakunya mendapat balasan setimpal,” katanya.

Katanya, hampir setiap hari dia melawat keluarga Sosilawati untuk memberi sokongan dan berharap keluarga berkenaan tetap tabah mengharungi ujian ini.

Seorang lagi penduduk, Tukinah Samsuri, 40, berkata kali terakhir dia menemui Sosilawati ketika kenduri tahlil arwah sebelum Ramadan lalu.

“Sejak berita pembunuhannya disiarkan akhbar, perasaan bimbang penduduk bertukar sedih dan berharap penjenayah berkenaan akan dikenakan tindakan tegas,” katanya.

Adik ipar Sosilawati, Misjan Jamikun, 48, berkata keluarganya membuat persiapan bagi mengkebumikan jenazah berbentuk tulang atau cebisan daging jutawan itu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Menanti.

Kertas siasatan siap

KUALA LUMPUR: Polis sudah menyiapkan kertas siasatan berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga lagi rakannya minggu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin berkata, kertas siasatan itu kini di peringkat akhir dan akan dihantar ke pejabat peguam negara selewat-lewatnya minggu depan.

“Kita di peringkat akhir menyiapkan kertas siasatan termasuk laporan ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) bagi mengetahui identiti mangsa.

“Keputusan DNA juga akan diketahui keputusannya selewat-lewatnya minggu ini,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka JSJ Bukit Aman di sini, malam tadi.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kematian rakan mangsa di Pulau Pinang Sabtu lalu, tiada kaitan dengan kes kematian Sosilawati.

Bakri berkata, polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kematian mengejut.

Menurut beliau, sehingga hari ini, hanya lapan suspek direman pihaknya berkaitan kes pembunuhan ini, manakala dua individu lagi berkaitan kes ugut isteri seorang jutawan India yang dilaporkan hilang awal tahun lalu dipercayai ada kaitan dengan suspek pembunuhan Sosilawati.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang hadir pada majlis berkenaan mengucapkan ribuan ucapan tahniah kepada pegawai dan anggota yang terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati.

Cara Penyediaan Kuih Raya:Kuih Siput


Bahan-bahan:

1 kg tepung gandum
250 gram marjerin
½ gelas air
1 sudu jintan manis
6 ulas bawang merah
1 tangkai cili hidup
Sedikit udang kering
2 tangkai daun kari, hiris halus
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

Marjerin dan air dipukul hingga sebati. Ketepikan. Jintan manis, bawang, cili dan udang kering dikisar halus. Campurkan bahan-bahan kisar ke dalam mangkuk dan tambahkan marjerin dan air yang dipukul tadi. Masukkan tepung sedikit demi dedikit hingga menjadi adunan yang lembut. Masukkan daun kari. Ambil sedikit adunan dan lenyekkan di atas acuan kuih siput. Goreng hingga masak.

Cara Penyediaan Kuih Raya:Kuih Bangkit


Bahan-bahan:

600 gram tepung ubi (sangai hingga kuning)
1 biji telur
1 biji kelapa (ambil santan pekat)
Secubit garam
½ sudu kecil soda bikarbonat
Gula secukupnya

Cara penyediaan:

Masak santan bersama secubit garam sehingga pecah minyak. Matikan api. Masukkan gula, telur dan soda bikarbonat ke dalam santan. Gaul rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi lembut. Canaikan adunan dan terap mengikut bentuk yang disukai. Aturkan ke dalam dulang dan bakar hingga masak

Monday, September 20, 2010

Cara Penyediaan Kuih Raya:Buah Rotan


Bahan-bahan:

4 sudu besar gula
1 bungkus tepung pulut
5 biji telur
½ biji santan kelapa
Sedikit bijan
Minyak masak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

Tepung gandum digaul dengan telur. Masukkan santan dan uli hingga sebati. Apabila sudah sederhana lembut, bulat-bulatkan sebesar guli. Golek-golek atas bijan. Goreng hingga kekuningan.

Cara Penyediaan Kuih Raya:Batang Buruk


Bahan-bahan:

600 gram tepung gandum
300 gram tepung beras
1 biji santan kelapa
600 gram kacang hijau
400 gram gula (kisar)
3 biji telur
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

Panaskan santan hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan santan. Sangai kacang hijau dan buang kulit. Kisar hingga halus. Campur dengan gula dan ketepikan. Gaul tepung denga santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli. Canai hingga nipis dan potong ikut saiz 2cm x 3cm. gulung dan biarkan tengah-tengahnya berlubang. Potong kecil dan goreng. Setelah garing, angkat dan isikan bahagian tengah yang berlubang dengan campuran gula dan kacang hijau tadi.

Jenis Kuih dan Cara Penyediaan Kuih Raya

Bahulu


Bahan-bahan:

10 biji telur
600 gm tepung
300 gm gula

Cara Penyediaan:

Pukul telur dan gula sehingga kembang. Campurkan sedikit tepung dengan semangkuk kecil adunan telur. Pastikan jangan terlalu pekat dan terlalu cair. Panaskan acuan dan jika menggunakan kaedah dapur tradisional, letakkan bara api di atas dan bawah periuk. Tuangkan adunan ke dalam acuan tetapi jangan terlalu penuh. Bakar sehingga bahulu kuning keemasan

Sunday, September 19, 2010

Jogging demi sixpackkan perut

Betapa penatnya aku pada hari ini tidak terbayang dengan imaginasi manusia normal.....ayat je lebih ni padahal letih sikit aje... Jogging 3 kali seharian amat bagus untuk kesihatan,ini adalah yang minimum yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.. Ia bukan saja untuk mengelak penyakit kegemukkan malah pelbagai lagi penyakit lagi seperti diabetis dan lain-lain....
ni gambar aq ngah jog...letih jgak..

Friday, September 17, 2010

Lirik lagu hari raya aidilfitri 2010,iklan tv3 yang ditarik balik pengiklanannya.


syawal menjelma,
memutik detik riang,
doa dan ampun maaf dipinta,
lebaran ini,
memberi sinar suci,
ramadhan penuh kemuliaan,
kegembiraan ketenangan,
kesabaran menanti lebaran,
kita taburi keimanan di syawal ini,
sinar lebaran dihiasi berwarna warni,
selamat selamat hari raya,
selamat selamat hari raya.