Friday, April 1, 2011

Aku dan Durian 2

Kali ni aku makan durian walaupun sekarang bukan musim durian. Mungkin durian dari Thailand kot sebab kat Malaysia ni beberapa tempat jek yang baru masak kot. Mahal gak la durian yang aku beli kali ni iaitu RM40=4kg=RM10/kg.


Mahal siot kebetulan lak aku takda duit masa tu lagi la rasa mahal giler durian tu tapi disebabkan kawan aku dari jeli yang datang Shah Alam (FYI kawan aku ni duk Bukit Kuda jek lebih kurang 5km jek dari umah aku) so aku la belanja dia sebab die datang tempat aku. Kalau aku yang pergi ke tempat die pun begitu jugak. Kawan aku ni nama Sani yang naik ke gunung stong bersama aku ni bawak la kawan dia nama  Wan dan si Wan pula ajak sepupu dia Yana join sama sebab si Yana tinggal berdekatan dengan kedai yang jual durian ni.