Friday, April 1, 2011

Aku dan Durian 2

Kali ni aku makan durian walaupun sekarang bukan musim durian. Mungkin durian dari Thailand kot sebab kat Malaysia ni beberapa tempat jek yang baru masak kot. Mahal gak la durian yang aku beli kali ni iaitu RM40=4kg=RM10/kg.


Mahal siot kebetulan lak aku takda duit masa tu lagi la rasa mahal giler durian tu tapi disebabkan kawan aku dari jeli yang datang Shah Alam (FYI kawan aku ni duk Bukit Kuda jek lebih kurang 5km jek dari umah aku) so aku la belanja dia sebab die datang tempat aku. Kalau aku yang pergi ke tempat die pun begitu jugak. Kawan aku ni nama Sani yang naik ke gunung stong bersama aku ni bawak la kawan dia nama  Wan dan si Wan pula ajak sepupu dia Yana join sama sebab si Yana tinggal berdekatan dengan kedai yang jual durian ni.

Thursday, March 31, 2011

Aku dan Stesen Bus Puchong Utama

Sikalang aa kalu wa mau pegi mana2 wa tngk google map je maa.... Sudah manyak tempat woo wa pegi dan sampai ke destinasi.. Bagus juga la google map ni,klu talak ada google map mgkn wa pening kepala juga wo mau cali jalan itu ke destinasi. Malam ni wa nak p kat Stesen Bus Puchong Utama kerana ada hal ckit maa. So kepada sesiapa nak go to a new place please make sure u google first n paling tidak pun u tau serba sedikit psal tmpat yg u nak pergi ni. New place new experience.

Aku dan Kentut 2

Aku tak faham la ngan perut aku sekarang ni asek nak kentut jek tak kira masa kekadang berbau kekadang tak kekadang bunyi kuat kekadang slow jek... Ada yang tak kena ngan perut aku ni,nak aku tak makan tu memang sah2 la tipu. Makan bukan main banyak lagi so alasan perut masuk angin memang tak da la so apa sebenarnya masalah dalam perutku ini?


Siap terbang lagi tu...

Wednesday, March 30, 2011

Aku dan Tidurku 2

Bila aku memandang bekas pensil ni mesti aku rasa mengantuk dan nak tido,pandai si pembuat mewujubkan suasana sedemikian rupa dengan hanya melihat pensil case.


Ini adalah kepunyaan anis iaitu budak sekelas denganku dari part 4 hingga part 6.

Aku dan Gambar Candid

Gambar ini diambil oleh budak rumah sewaku tanpa aku menyedarinya dan tidak perasaan akan kewujudan gambar ini selama beberapa hari. Aku menyedari gambar ini di dalam hp aku selepas aku check gambar2 dan buang gambar yang tak berguna. Masa ni aku tengah pikir apa aku pun tak ingat tapi bila tengak gambar ni ada satu perasaan yang muncul di lubuk hatiku iaitu aku akan berwajah serius bila aku berfikir dan aku akan meletakkan tangan aku kat dagu sekiranya isu itu memerlukan perhatian.


Nasib baik t***k aku tak nampak,ekekek...

Aku dan Rekod

Beberapa hari yang lepas aku telah mmperbaiki rekod peribadi aku dari 30 saat kepada 10 saat dan sekarang rekod terpantas aku adalah 5 saat... Tapi rekod apa.. Rekod yang aku buat ni penting la juga bagi diriku ini dan dari rekodku ini juga telah mengajar aku supaya lebih berhati-hati dalam membeli 'barang' serta kualiti 'barang' itu. Daripada kajian aku ini aku juga menasihati kawan-kawanku supaya tidak membeli 'barang' yang tidak berkualiti dan beralih kepada 'barang' lain. Aku telah menasihati dan sekarang terpulang kepada diorang nak dengar dan ikut nasihat aku atau tidak yang penting aku dah tunjukkan bukti.

Aku dan Kerja Part Time 2

Setiap kali hujung minggu ramai di kalangan kawanku meluangkan masa dengan melakukan apa-apa aktiviti yang telah dirancang setelah penat menelaah pelajaran selama 5 hari seminggu so hujung minggu dimanfaatkan sepenuhnya dengan riadah dan rehat yang secukupnya tetapi tidak bagi diriku. Oleh kerana diriku sudah hilang tempat bergantung maka aku terpaksa bekerja di hujung minggu bagi menampung perbelanjaanku sepanjang aku berada disini. Walaupun penat tetapi tetap juga aku gagahi menempuh ujian penuh makna ini. Tangisan di dalam hati tiada siapa pun mengerti,kemiskinan yang melanda membuat aku rasa rendah diri.


Aku dan Tukang Sapu

Betapa hemsem dan kacak si tukang sapu ni,gambar ini di ambil kat Audi UiTM kampus Jengka Pahang.
Silalah komen ea.
Bersih dan berkilau lantai..

Aku dan Dompet Lama

Inilah rupa dompet lamaku yang banyak berjasa kepada aku selama ini sebelum aku mendapat dompet baru.
 Siap guna selotap agi supaya tak cepat rosak.. Kesian kan kat aku..

Aku dan Mencangkul Belakang Rumah Sewa

Selepas penat dan berpeluh mencangkul di belakang rumah sewa inilah hasilnya...




Bersih dan bagi mengelak binatang berbahaya seperti lipan,kala dan nyamuk.

Aku dan Toto

Apakah benda hitam sebelah tong sampah tu?


Aku dan Jeles

Setiap kali buka facebook mesti timbul perasaan jeles dalam diri aku ini,apakan tidak apabila melihat gambar-gambar kawan-kawanku yang seusia dan lebih muda dari aku berjaya dan memiliki segala-galanya seperti motor,kereta,rumah dan sebagainya tetapi aku hanya ada motor RXZ sebagai hartaku setakat ini. Inginku menambah aset untuk bekalan diriku ini tapi apakan daya aku tidak mempunyai pekerjaan lagi seperti kawan-kawanku itu.



Aku dan Gaji Jusco

Setelah penat bekerja selama hampir dua bulan bekerja dengan jusco di bukit raja inilah hasilnya yang ku dapat...


Sunday, March 6, 2011

Aku dan Komen

Sepanjang aku berblog tak ada satu komen pun lagi setakat ini.. Hmmm mmg malang la nasib aku ni kan. Takkan tak ada orang nak kongsi pendapat dengan aku punya perjalanan dan pandangan hidupku ini. 


Ku harapkan camni.


Takkan aku kena wat camni plak.

Macam-macam hal la.

Saturday, March 5, 2011

Aku dan Lembab

Betulkah aku seorang yang lembab? Apa pendapat orang yang mengenali diriku ini.. Aku terasa diri ini seorang yang lembab tetapi kadang-kadang je la bukan selalu apa ingat aku ni lembab cam siput babi ker apa. Kadang-kadang aku tak leh nak baca maksud sesuatu ayat contohnya dan tingkah laku,macam mana nak improve kan aku punya kelemahan ni?

Aku dan Kekayaan

Bila la aku nak kaya ni? Bila la masanya kan tiba.. Sudah puas aku menunggu ingin menjadi seorang yang penuh dengan kemewahan serta tak ada masalah dari segi duit. Bila la masanya bila duit RM1000 seperti RM1 bagiku. Inginku membeli belah seperti golongan orang yang berada,lepak di tempat mewah dan pakaian penuh gaya.



Aku dan Gurauan Oversea

Pada tanggal 18 Februari 2011 bersamaan hari Jumaat aku telah mengeluarkan kenyataan di laman sosial facebook mengatakan aku dapat melanjutkan tawaran ke Australia dan bakal berangkat ke sana pada minggu pertama bulan April.




Aku dan Kerja Part Time

Sepatutnya aku kerja pagi ni tetapi disebabkan tersalah baca dan faham mesej tu menyebabkan aku tak keja la hari ni. Xdapat duit nak belanja MMC pizza kali ni,huhu3... Plan da lari..


Aku dan Mimpi

Semalam aku bermimpi lagi tentang arwah ibuku,seperti mimpi-mimpi lain mesti pelik dan ada yang tak kena dalam mimpi tu dan selepas terjaga ku pun hairan. Sementara aku masih ingat lagi mimpi tu baik aku tulis sekarang walaupun sekarang pukul 7am waktu tempatan.


Friday, March 4, 2011

Aku dan Kartun

Kadang-kadang aku terlalu sukakan lukisan kartun dari lukisan abstract o bunga-bungaan. Aku rasa aku lebih feel bila tengok gambar kartun dan memahami maksud gambar kartun itu ia seperti ada jiwa dan rima tersendiri membuatku kadang kala tersentuh dengan gambar berkenaan. Aku lebih mudah memahami lukisan kartun dan aku sendiri tak tau kenapa.


Contoh lukisan kartun di atas kadang-kadang membuatku tersenyum sorang-sorang. hihihi.

Thursday, March 3, 2011

Aku dan Goyang Kaki Dapat duit

Percayakah korang semua dengan hanya goyang kaki korang dapat duit sampai beribu-ribu sebulan mengalahkan gaji seorang cikgu dan kakitangan awam. Mesti korang tak percaya punya sebab itulah juga kata-kataku pada mulanya dan selepas aku melihat sendiri baru aku percaya dengan hanya goyang kaki duit masuk seperti air mengalir.


Aku dan My Miss Cool Part 3


MMC bersama topi koboi mana ntah... Rajin betul aku menulis sekarang walaupun masa seperti mencemburui diriku kerana aku rasakan masa begitu pantas berlalu terutamanya bagi insan yang bekerja,belajar sambil bekerja,bekerja sambil belajar dan golongan yang lepak sahaja. Korang semua tergolong dalam golongan mana?


Monday, February 28, 2011

Aku dan My Miss Cool Part 2

Aku ingin menyambung kisah perkenalan kami ini sekadar berkongsi cerita manis masam kitorang sahaja tiada caj tersembunyi pun yakni niat tak baik la senang citer.


Aku dan Kekenyangan

Malam ni aku kenyang giler sampai tahap tak leh nak cover pun perut yang boroi ni,huhuhu..


Kenapa aku kenyang giler pada malam ni? Kerana makan la apa lagi,makan sedap-sedap dan berpuas hati dengan masakan kat kedai tu dan harganya juga berpatutan tak da la mahal tahap gabang gitu.


Aku dan Pandangan

Orang melayu kita ni senang sangat percaya kata-kata karut dan benda yang tak logik dek akal padahal ada penerangan sains sebenarnya tetapi apa yang berlaku hari ni kat paper metro sehinggakan adda yang sanggup tunggu begitu lama untuk melihat dan mungkin mendapatkan airnya. Untuk dijadikan penawar kata orang melayu kita ni. Apa daa...


Aku dan Kentut

Sapa yang tidak pernah kentut seumur hidup dirinya? Aku rasa benda yang paling mustahil akan berlaku sekiranya tidak pernah kentut selama hidupnya sedangkan haiwan pun boleh kentut.


Saturday, February 26, 2011

Aku dan Sakit Hati


Bila ingatkan balik kes laptop tu memang sakit hati giler ah,membara dan terbakar hati aku ni. Sekali pikir memang nak pergi tikam orang tu pun ada,cam sial punya kawan. Kawan,tak layak dapat status tu pun orang camtu layak pergi mati la dari hidup duk menyusahkan orang,mati lebih baik la. Rasa nak hempas ke lantai jek laptop tu bila ingat-ingatkan balik,melayang hampir 1k kerana percaya kata-kata "kawan"=pergi mati la. Maunya tak menyirap darah aku bila ingatkan balik peristiwa tu,ingat aku ni dari keluarga berada ker nak tipu aku sampai 1k. Bangang punya orang,bagi emas dibalas tahi. Tak pe tak pe,ada lori mesti ada bas,ada ubi pun mesti ada batas,nanti ada hari mampus la ko kena lenyek ngan bas tu.

Wednesday, February 23, 2011

Aku dan Jangkaan

Apa yang aku jangkakan dalam kepala hotak gua yang penuh dengan info (ea ke) ni? Korang nak tau tak apa...


Aku dan Dequadin


Tarikh keramat 16-10-2010 amat bermakna kepada Afzan Syafinaz,Sani dan diriku kerana......

Aku dan Durian


Korang kenal buah ni,sekarang musim buah durian tapi bukan musimnya lagi kat Malaysia tetapi kat Thailand la so kalau nak makan kena cari kedai atau pasar malam yang jual la sebab diorang ambik dari Thailand buah durian ni. Sapa yang tak kenal durian kan,isinya yang enak dan empuk serta ditambah dengan kemanisannya yang boleh mengiurkan sesapa yang berada berdekatan dengan raja buah ini.


Aku dan Jadual Kelas


Jadual kelasku untuk semester ini. Macam rilek dan stedi jew kan,nampak macam tak bizi sangat pun. So disebabkan jadualku yang 'ringan' pada semester ini aku kerja part time kat jusco Bukit Raja bagi menampung perbelanjaanku semester ini. Alhamdulilah hasil belajar dan kerja pada masa yang sama aku masih lagi dapat meneruskan perjalanan hidup ini kalau tak mungkin aku terpaksa catukan mana-mana bahagian yang patut kan.

Aku dan Qaqa


Aku sayang kat Qaqa aku yang kiut sorang ni,comel gler die even kecik pon. Aku selalu peluk Qaqa sebelum tido. Qaqa ni pemberian dari My Miss Cool a.k.a MMC pada monthsary yang ke berapa aku pun tak ingat sebab setiap bulan aku celebrate monthsary walaupun dengan hanya ucapan pun kami tetap luangkan masa bersama pada monthsary kitorang. Setiap bulan monthsary yang disambut bersama selain berbincang cara menperbaiki hubungan kami dan menjaganya sebaik mungkin.

Aku dan Piala Dunia


Replika trofi piala dunia di Plaza Alam Sentral a.k.a PAS dan aku nampak tinggi masa ni,huhuhu


Mata aku melihat kepada apa ea pada masa ni tak ingat la.

Tuesday, February 22, 2011

Aku dan Gunung Stong

Pada tanggal ke berapa ntah aku pun tak ingat aku,adikku dan kawanku Sani dan Daus telah pergi mendaki gunung Stong yang popular dengar ketinggiannya yang dikatakan tertinggi di asia tenggara. Info pasal gunung Stong ni banyak di internet dan korang bleh cari la. Gunung Stong juga dipanggil gunung  Balung Ayam kerana di puncaknya kelihatan seperti balung ayam. Gunung ini mempunyai berberapa bahagian ketinggian dan tempat perkelahan yang menarik untuk di kunjungi.


Biasanya kebanyakkan orang akan berkelah di level yang pertama kerana di situ tempatnya yang luas,menarik dan banyak kemudahan asas. Aku rekemen kan korang datang la mendaki gunung ini walaupun sekali kerana kepuasan akan dapat anda kecapi bila sampai di puncaknya dan pemandangan di waktu pagi yang begitu menarik sekali hinggakan terasa seperti putera kayangan turun ke bumi.


Aku sampai ke lokasi iaitu kaki gunung Stong pada waktu Asar dan segala persiapan telah aku buat dengan cukup teliti sekali kerana aku tak mahu apa-apa tertinggal dan menyebabkan tergendalanya pendakianku ini. Setelah itu kitorang bertolak mendaki gunung dan setiap orang perlu membawa barang keperluan untuk perkelahan ini.


Aku dan Kartun

Apa pandangan korang pasal gambar ni? Adakah kena dengan kisah-kisah hidup korang? Korang boleh kongsikan kat sini k.

klip gmbar kalau tak jelas

Apa dalam fikiran korang sekarang? Adakah pada dunia realiti ini juga yang berlaku. Kesian kan kan lelaki,huhuhuhu...

Aku dan Kucing

Setiap kali keluar malam dan bila balik mesti terserempak dengan kucing ni. Kawasan laman rumah sewaku dijadikan tempat beradu beliau.

tido jek tau

tido lagi

bau kasut miro pun ley tido

Nanti aku nak curi la kucing umah sebelah,dah la cantik kacukan parsi lak tu tapi bukan kucing ni la.huhuhu.
Sapa bela kucing kat sini angkat tangan.