Aku ingin menyambung kisah perkenalan kami ini sekadar berkongsi cerita manis masam kitorang sahaja tiada caj tersembunyi pun yakni niat tak baik la senang citer.
Pada awal aku cuba memikat la MMC ni dan seperti remaja yang lain mesti la aku mesej-mesej dulu kan dan kerap juga la aku mesej dan bertanyakan khabar MMC ni. Dalam aku cuba meng'usha' MMC ni aku dapat tau MMC ni dah berpunya pada masa tu dan ini yang membuat aku kecewa seperti aku ceritakan kat entri MMC part 1 tu.
Aku yang sudah tahu hakikat sebenar yang MMC sudah berpunya begitu membuat aku kecewa tetapi di dalam hati je la sebab kami pun baru lagi dan aku pun tengah nak usha die masa ni tapi tak sangka lak kan. So,oleh yang demikian rupa aku pun kurangkan la berhubung dengan MMC ni walaupun aku kecewa,aku tak nak kacau hubungan orang sebenarnya sebab itu salah satu dari prinsip aku yang ditanam sejak dulu lagi.
Ramai yang tak tahu sangat cerita ini melainkan Geng Power Rangers kitorang yang terdiri dari 3 girls dan 2 boys termasuk aku. Terbalik sikit dari power rangers yang sebenar kerana power rangers yang sebenar 3 boys 2 girls. Sambung balik cerita tadi,bila aku kurangkan berhubung dengan MMC dan semacam tiada harapan hubungan kami berdua walhal baru nak usha aku pun menyendiri dan berlagak semacho yang boleh di depan MMC ni dan hubungan kami selepas itu hanyalah sekadar classmates sahaja dan tak lebih dari itu.
Untuk yang entri seterusnya akan ku kongsikan cerita kali pertama aku terpegang MMC secara tidak sengaja.
No comments:
Post a Comment