Korang kenal buah ni,sekarang musim buah durian tapi bukan musimnya lagi kat Malaysia tetapi kat Thailand la so kalau nak makan kena cari kedai atau pasar malam yang jual la sebab diorang ambik dari Thailand buah durian ni. Sapa yang tak kenal durian kan,isinya yang enak dan empuk serta ditambah dengan kemanisannya yang boleh mengiurkan sesapa yang berada berdekatan dengan raja buah ini.
Isinya yang kuning keemasan dan rasanya setanding dengan namanya amatlah enak jika dimakan bersama keluarga atau teman yang menyukainya juga. Tetapi bukan semua menyukai durian kerana durian dikatakan boleh memanaskan badan dan ada sesetengah orang alah dengan buah ini. Mengikut kata-kata orang tua bagi menghilangkan rasa panas badan kerana makan durian hendaklah meminum air dari pangsa durian dan aku pernah cuba minum dengan cara ini dan ternyata dan terbukti berkesan bukannya cakap kosong sahaja.
Kenapa aku bercerita pasal durian? Kerana aku akan makan durian dalam minggu ini so korang jangan jeles ea. Walaupun buah durian ini ada kenangan pahit dalam hidupku.
Hmmmmm enaknya durian kan,memang kena dengan gelarannya selaku raja buah. Nanti bila aku makan durian aku kasi tau korang semua ea.
No comments:
Post a Comment