Malam ni aku kenyang giler sampai tahap tak leh nak cover pun perut yang boroi ni,huhuhu..
Kenapa aku kenyang giler pada malam ni? Kerana makan la apa lagi,makan sedap-sedap dan berpuas hati dengan masakan kat kedai tu dan harganya juga berpatutan tak da la mahal tahap gabang gitu.
Apa yang aku makan sebenarnya,aku makan nasi berlaukkan siakap 3 rasa,kembung 3 rasa,sup tulang,sup ekor,telur dadar,kailan ikan masin dan air milo tabur.
Perggghhhh,memang kenyang giler la senang citer lagipun aku pun da tak ingat bila last time aku pekena ikan siakap 3 rasa ni aku pun da lupa da mungkin dalam setahun lepas kot.
Kat kedai mana aku makan,di sini aku nak promote la kedai tempat aku makan ni walaupun tauke kedai ni tak da sponsor aku pun tapi aku tetap nak promote gak sebab masakan die sedap.
Kedai paling hujung di sebelah kawasan perumahan di uptown seksyen 24 shah alam,korang cari la sendiri aku da bagi klu da kat situ.
Apa-apa pun alhamdulilah dengan rezekiNya yang melimpah ruah ni.
No comments:
Post a Comment