Tuesday, February 22, 2011

Aku dan Gunung Stong

Pada tanggal ke berapa ntah aku pun tak ingat aku,adikku dan kawanku Sani dan Daus telah pergi mendaki gunung Stong yang popular dengar ketinggiannya yang dikatakan tertinggi di asia tenggara. Info pasal gunung Stong ni banyak di internet dan korang bleh cari la. Gunung Stong juga dipanggil gunung  Balung Ayam kerana di puncaknya kelihatan seperti balung ayam. Gunung ini mempunyai berberapa bahagian ketinggian dan tempat perkelahan yang menarik untuk di kunjungi.


Biasanya kebanyakkan orang akan berkelah di level yang pertama kerana di situ tempatnya yang luas,menarik dan banyak kemudahan asas. Aku rekemen kan korang datang la mendaki gunung ini walaupun sekali kerana kepuasan akan dapat anda kecapi bila sampai di puncaknya dan pemandangan di waktu pagi yang begitu menarik sekali hinggakan terasa seperti putera kayangan turun ke bumi.


Aku sampai ke lokasi iaitu kaki gunung Stong pada waktu Asar dan segala persiapan telah aku buat dengan cukup teliti sekali kerana aku tak mahu apa-apa tertinggal dan menyebabkan tergendalanya pendakianku ini. Setelah itu kitorang bertolak mendaki gunung dan setiap orang perlu membawa barang keperluan untuk perkelahan ini.




Laluan pendakian untuk ke puncak gunung Stong ini amat mencabar dan menguji ketahanan mental fizikal. Sekiranya pendakian ini dibuat sambil lewa kemungkinan berlaku perkara tidak diingini amatlah tinggi so kitorang dengan tekad dan azam membumbung mendaki dengan penuh harapan bagi menawan puncak gunung ini. 


Gambar ni baru suku dari pendakian ini,tengoklah betapa berpeluhnya kitorang semua kerana laluan yang begitu mencabar. Memang masa ni rasa letih sangat sampai terketar-ketar lutut. Kepenatan dan kepayahan kitorang dapat dilihat dari baju kitorang yang basah kuyup dek peluh yang keluar melimpah-limpah seperti air hujan yang turun. Masa ni kitorang rehat lebih kurang 15 minit saja.


Pada rancangan asalnya kitorang nak naik sampai ke puncak gunung ini tapi disebabkan kerana kelewatan dan hari yang sudah gelap kitorang hanya naik sampai ke separuh gunung sahaja dan bermalam di situ untuk 1 malam. Begitulah rancangan asal kitorang tetapi malang itu tidak berbau kerana semasa magrib selepas kitorang siap memasak dan makan hujan turun dengan  renyainya. Oleh kerana tapak perkelahan kami di tempat air jatuh so kami bimbang akan kejadian 'kepala air' yang membahayakan kami semua.


Bahayanya 'kepala air' ni korang boleh la baca kat sini dan sini. Memang membahaya dan tidak boleh dijangka fonomenanya. Oleh yang demikian kitorang membuat keputusan untuk balik walaupun keadaan gelap gelita dan tidak nampak apa-apa pun almaklum la dalam hutan kan.


Kami pun berkemas secepat yang mungkin kerana hujan sudah semakin lebat dan angin bertiup begitu kencang sekali sehingga khemah kami hampir diterbangkan angin tadi.


Selesai saja berkemas kami bertolak,bayangkan berjalan pada waktu malam tanpa dapat melihat apa-apa dan hanya berpandukan 2 biji lampu yang dibawa oleh kawanku Sani dan Daus tadi kitorang menongkah laluan hutan yang tebal itu. Ditambah dengan ketakutan dan keseraman kitorang berpeluh lagi hebat berbanding semasa menaiki gunung tadi. Aku yang ketakutan almaklum la dalam hutan kan macam-macam ada seperti binatang buas,makhluk halus,binatang berbisa dan sebagainya.





Setiap langkah yang kitorang lalui penuh berliku,bayangkan anda berjalan tapi tak nampak kaki anda akan pijak apa sehinggakan kakiku ini beberapa kali tergeliat dan sakit tapi itu semua aku abaikan dahulu kerana kitorang perlu cepat-cepat turun sebelum hujan bertambah lebat lagi.


Dek kerana hujan tadi laluan kitorang licin dan basah dan begitu berbahaya,kitorang tak mampu buat apa-apa walaupun kasut kitorang boleh dikatakan amat mencengkam tetapi tidak berkesan untuk laluan yang amat licin itu. Kitorang turun dengan pelahan-lahan tetapi tetap ada yang tergelincir kerana terlalu licin ditambah barang-barang  yang dibawa kami.


Musibah tidak berhenti disitu sahaja selepas separuh dari perjalanan turun kitorang lampu yang dibawa sudah kehabisan bateri,bermacam-macam kitorang buat seperti goncang dan ketuk lampu itu supaya menyala tetapi semuanya tidak menjadi. Maka terpaksalah kitorang  menuruni gunung itu seperti orang buta dan laluan hanyalah samar-samar sahaja sampaikan ada yang terpegang pokok berduri,jatuh,tewas dan mengalah untuk meneruskan perjalanan. Peluh yang menitik memang begitu luar biasa dan boleh dikatakan mengalahkan orang yang jogging 5 km.


Akhirnya,alhamdulilah hasil kerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain kami berjaya sampai ke kaki bukit gunung Stong lebih kurang pukul 10 malam. Didalam kepenatan itu aku sempat memberi nasihat kepada adikku supaya gunakan pengalaman ini bagi menjalani liku hidup yang mendatang.

Walaupun berbagai masalah menimpa kitorang untuk pendakian ini pun tetapi tidak mematahkan semangatku untuk mendaki lagi gunung ini. Akanku tawan sekali lagi gunung Stong ini.

No comments:

Post a Comment