Thursday, March 3, 2011

Aku dan My Miss Cool Part 3


MMC bersama topi koboi mana ntah... Rajin betul aku menulis sekarang walaupun masa seperti mencemburui diriku kerana aku rasakan masa begitu pantas berlalu terutamanya bagi insan yang bekerja,belajar sambil bekerja,bekerja sambil belajar dan golongan yang lepak sahaja. Korang semua tergolong dalam golongan mana?




Inginku meneruskan kesinambungan Aku dan My Miss Cool Part 2 untuk entri kali ini.


Sesiapa yang pernah belajar pasti akan ada mengikuti apa-apa kem tak kisah la kem hantu ker kem makan ker atau apa-apa kem,sedangkan orang yang bekerja ada macam-macam kem apatah lagi belajar kan. Seperti pelajar normal yang lain,semasa semester 1 diploma kat Jengka Pahang aku dikehendaki mengikuti program dinamai Program Kem CESS (Civil Engineering Student Society) selama 3 hari 2 malam di kem Sri Gading,bagi budak-budak UiTM Jengka mesti tahu la kat mana kem ni.


Aku bertolak selepas solat jumaat ke kem Sri Gading ini dengan berjalan kaki sejauh lebih kurang 3-4km agaknya la. Penat lelah dan berpeluh juga la nak ke destinasi yang di sebutkan tadi,dengan barang-barang yang begitu boleh tahan la banyaknya menambahkan lagi berat langkah kakiku ini melangkah. Sampai ke destinasi aku dan kawan-kawan semester denganku membuka kanvas untuk dijadikan tempat tidur,baring dan boleh dikatakan multi-purpose la senang citer. Selesai meletakkan barang-barang dan beg yang dibawa aku dan yang lain dikehendaki beratur mengikut barisan bagi aktiviti yang telah dirancang oleh senior. FYI program ni diuruskan oleh senior kerana mengikut kata ketua program kami program ini adalah bagi merapatkan hubungan dengan senior tapi bagi aku senior pergi mam la,senior taik kucing bagi aku kerana yang paling tua dalam batch senior ni hanyalah berumur 21 tahun dan pada masa itu aku berumur 20 tahun,senior apa boleh jalan la ingat aku respek sangat la blah la wei.


Macam-macam la aktiviti masa kat kem tu sampai tahap kitorang tak mandi selama 3 hari 2 malam dan badan macam-macam la baunya tetapi bau aku tetap maintain wangi jek(sembang). Memang padat dengan aktiviti sampaikan tahap dalam masa tu aku tak berak dan kencing hanya beberapa kali sahaja,memang kitorang kena paje aka reaging(<---betul ker eja camni?) kaw-kaw la sampai terketar-ketar lutut aku ni. Dalam ramai-ramai senior yang uruskan kitorang hanya beberapa kerat jek yang ok dan kebanyakkan yang lain macam hampeh rasa nak bagi penyepak jek sebijik sorang,bengang beb. Aku otai jeli diperlakukan demikian rupa sapa tak hangin.

nampak brisi masa ni


Teruskan dengan topik utama kita kali ini,aku terpegang pinggang MMC ni masa kat kem ni la sebab si MMC ni tergelincir dan nak jatuh dan kebetulan aku kat belakang die so aku sambut la die si MMC dan itulah kali pertama aku terpegang awek aku sekarang ni tapi bukan sengaja k secara tidak sengaja aka terpegang k. Dan disebabkan secara tidak sengaja die hanya senyum padaku dan tidak kata apa-apa pun sementara ku pula hanya diam membisu seribu bahasa.


Begitulah kisah macam mana aku boleh terpegang awek aku sorang ni. Sekadar ingin berkongsi perjalanan hidup sahaja tiada niat tersembunyi. Sekarang aku sedang berbahagia dengan awek aku ni walaupun sekarang masa begitu pantas berlalu tapi aku cuba juga untuk meluangkan masa bersama MMC walaupun penatku tidak terkata kerana sayang ku turutkan jua. Semoga pergorbananku dalam hubungan ini tidak sia-sia dan berkekalan selamanya,amin.

No comments:

Post a Comment