Wednesday, March 30, 2011

Aku dan Kerja Part Time 2

Setiap kali hujung minggu ramai di kalangan kawanku meluangkan masa dengan melakukan apa-apa aktiviti yang telah dirancang setelah penat menelaah pelajaran selama 5 hari seminggu so hujung minggu dimanfaatkan sepenuhnya dengan riadah dan rehat yang secukupnya tetapi tidak bagi diriku. Oleh kerana diriku sudah hilang tempat bergantung maka aku terpaksa bekerja di hujung minggu bagi menampung perbelanjaanku sepanjang aku berada disini. Walaupun penat tetapi tetap juga aku gagahi menempuh ujian penuh makna ini. Tangisan di dalam hati tiada siapa pun mengerti,kemiskinan yang melanda membuat aku rasa rendah diri.




Setiap peluh yang keluar dari badanku semasa bekerja amatlah berbisa kadang-kadang walaupun tubuhku tidak sihat aku tetap jua bekerja bagi perbelanjaan diriku ini. Tiada siapa mengerti apa yang tersirat di sebalik senyuman kepenatan diriku ini.


Inilah mukaku semasa waktu rehat. Hanya beralaskan besi sebagai pelapik punggungku dan bersandarkan besi juga. Walaupun terasa seperti warga nepal,bangla dan sebagainya serta dikutuk/diperli samaada dengan niat atau tidak tetap juga aku balas dengan senyuman semanis mungkin. Awekku sendiri juga pernah memanggilku warga bangla/nepal walaupun dengan nada bergurau tetapi aku tetap tabahkan diriku kerana aku sedar fizikalku. Memang tidak dapat dinafikan warna kulitku dan rupa parasku seperti warga asing tapi semuanya bukan pintaku. Biarlah apapun orang kata terhadapku aku tetap tabahkan hatiku menempuh segalanya,segalanya tetap ku terima. Allah itu Maha Adil,Dia mengetahui apa yang aku tidak ketahui.

1 comment: