Saturday, March 5, 2011

Aku dan Mimpi

Semalam aku bermimpi lagi tentang arwah ibuku,seperti mimpi-mimpi lain mesti pelik dan ada yang tak kena dalam mimpi tu dan selepas terjaga ku pun hairan. Sementara aku masih ingat lagi mimpi tu baik aku tulis sekarang walaupun sekarang pukul 7am waktu tempatan.




Mimpiku bermula bila ada seorang yang menumpang kereta MMC iaitu lelaki dan seorang bayi memberi kepada MMC bayi tersebut untuk dijadikan anak angkat. Lelaki misteri wajah seperti Adi Putra itu memberi anak kecil itu dalam keadaan anak kecil itu telah berak dalam pampers dan bau busuk tahi tu aku dapat rasakan walaupun dalam mimpi. Selepas hari pertama berlalu ramailah orang komen kenapa ambil anak itu kerana anak itu begitu kuat tangisnya sedangkan aku tak dengar apa-apapun,biasalah mimpi kan.


Ku berbincang dengan arwah ibuku mengenai belanja dan pendapat tentang anak tadi. Sedang ku merapati bondaku bagi membincangkan isu tadi ku lihat ada sorang perempuan berada di sebelah bondaku ini dan aku tanya siapa jawab bondaku itulah suami bondaku,aku bingung kerana setahu aku abohku adalah suami bondaku tapi dalam mimpi perasaan benda tu betul kuat sebab mimpi kan. Aku yang tak puas hati ini minta 'suami' bondaku ini jauh dariku untuk ku berbincang,selesai berbincang ku ingin melihat wajah 'suami' arwah bondaku ini dan Ya Allah rupanya memang teruk,hodoh,mata terbeliak,rambut beruban dan mengurai panjang hingga melebihi tinggi 'suami' arwah bondaku tadi. Aku terkejut dan aku terus memeluk arwah ibuku sambil menangis dan berkata "ma,ma boleh cari lebih baik dari ni" selepas tu aku mengucup dahi arwah ibuku ini sambil menangis teresak-esak dan tiba-tiba lokasi dan cerita berbalik kepada hal anak angkat tadi.


Disebabkan aku tak setuju dengan pengambilan anak angkat itu disebabkan kos menjaga anak itu dan kos untuk aku BERKAHWIN dengan MMC so kami decide untuk menghantar pulang anak itu kepada lelaki misteri terbabit dan semasa datang lelaki misteri mirip Adi Putra tadi menagih simpati dengan menangis dan di dalam hatiku berkata "hekeleh,nak menagih simpati la tu suh orang ambil anak die balik" dan aku pun turun ke  kolah di belakang rumahku dekat dengan surau (FYI:kolah tu dah tak da sekarang) untuk mandi dan semasa mandi hidungku berbau busuk dan ku lihat begitu banyak tahi itik di kawasan kolah terbabit. Sedang ku mengelak dari terpijak tahi itu jiranku menegurku (antara insan yang aku respek gak di kampungku) bertanyakan kenapa aku mengambil anak angkat itu kerana katanya tangisan anak angkat itu terlalu kuat dan tiba-tiba lokasi mimpiku berubah ke Bukit Tujuh.


Apa yang berlaku dekat Bukit Tujuh ni,aku melihat sepupuku sedang memandu lori balak dengan gear 2 semasa menaiki bukit(FYI: sepupuku seorang perempuan dan bekerja luar Kelantan) dan aku menegur die supaya mengunakan gear 1 semasa menaiki bukit dan terus laju jek die memecut naik bukit dan aku tersedar,begitulah kisah mimpiku ini.hu3.

No comments:

Post a Comment