Saturday, March 5, 2011

Aku dan Kerja Part Time

Sepatutnya aku kerja pagi ni tetapi disebabkan tersalah baca dan faham mesej tu menyebabkan aku tak keja la hari ni. Xdapat duit nak belanja MMC pizza kali ni,huhu3... Plan da lari..




Ni la mesej yang aku salah faham tu.
"standby jalan lmbt tkt penuh k"
Apa yang korang faham bila baca mesej ni?
a) Standby sahaja dan bila dapat kol baru pergi kerana kalau pergi awal nanti dah penuh so sia-sia la pergi sana.
b) Jalan sekarang kerana takut penuh jika datang lambat.
c) Tak paham apa-apa sebab tak pandai membaca.
d) Tulis sendiri apa yang korang faham.
Mana satu yang korang paham dari mesej di atas?


Yang aku faham pula adalah a) so aku tunggu la kol pagi ni baru bertolak nak pergi sana tak rupa-rupanya apa yang dimaksudkan oleh supervisor aku adalah b). Siot la,pening aku dengan mesej yang takda 'koma' ',' ni.


Tak ada rezeki kata orang tak pe la. Mungkin ada hikmahnya jadi camni mana tau kot-kot kalau aku pergi aku terlibat dalam kemalangan ker,pancit ker,motor rosak ker dan sebagainya. Kita kena sentiasa berfikiran waras dan positif.

No comments:

Post a Comment