Friday, April 1, 2011

Aku dan Durian 2

Kali ni aku makan durian walaupun sekarang bukan musim durian. Mungkin durian dari Thailand kot sebab kat Malaysia ni beberapa tempat jek yang baru masak kot. Mahal gak la durian yang aku beli kali ni iaitu RM40=4kg=RM10/kg.


Mahal siot kebetulan lak aku takda duit masa tu lagi la rasa mahal giler durian tu tapi disebabkan kawan aku dari jeli yang datang Shah Alam (FYI kawan aku ni duk Bukit Kuda jek lebih kurang 5km jek dari umah aku) so aku la belanja dia sebab die datang tempat aku. Kalau aku yang pergi ke tempat die pun begitu jugak. Kawan aku ni nama Sani yang naik ke gunung stong bersama aku ni bawak la kawan dia nama  Wan dan si Wan pula ajak sepupu dia Yana join sama sebab si Yana tinggal berdekatan dengan kedai yang jual durian ni.




So kitorang pun pilih la durian,kitorang pilih 2 bijik dulu dan makan seperti kumpulan yang lain,normal dan habis 2 bijik durian tu licin beb. Sebab dah habis 2 bijik tadi so aku ngan Sani ni pilih la sebijik lagi durian untuk dimakan jenis yang sama seperti jenis yang telah dimakan tadi. Seperti biasa juga si penjual akan kopek (jangan salah faham k) la  durian ni dan kitorang makan la. Semasa makan tu aku perasaan sesuatu iaitu si Wan ni nampak lain macam dan berpeluh-peluh dan dah tak nak makan durian lagi dan bila ke pangsa kedua akhir tiba-tiba..........


Si Wan ni rebah kat meja dan mengelupar dan he's body vibration very fast tak seperti normal dan badan kejang,aku dah boleh agak dah dia kena apa tapi aku tak nak sebut la bagi menghormati si Wan ni. Tidak hanya tamat disitu adegan rebah ni tapi bersambung lagi bila si Wan ni rebah ke tanah plak sebab badan dah kejang kan so tak leh nak kawal badan la so die rebah dan aku cepat-cepat buat apa yang patut la. Si penjual durian ni seperti dah biasa kes begini cepat-cepat dia urut tangan si Wan dan kekejangan badan Wan ni da kurang tapi mulut dia still kejang lagi. Si Sani mengambil tindakan dengan cara membuka mulut Wan dengan menggunakan jari tapi die punya mulut tu keras gile nampak la si Sani ni berusaha bersungguh-sungguh nak bukan mulut Wan sebab dia dah tergigit lidah dah sampai keluar darah.


Bila keadaan dah reda si Wan ni tertido dan aku dan yang lain merancang la apa nak buat pasni dan keputusan dibuat dengan menghantar Wan kat umah die di Bukit Kuda.. Malam durian dengan tragedi memang pengalaman bagi aku.awekku,sani dan sesiapa yang terlibat secara langsung atau tak langsung.

1 comment:

  1. i suka baca blog u... u kaitkan u ngan sesuatu.. i like!!!

    ReplyDelete