Friday, December 31, 2010

Tahun Baru Azam Baru?

Happy New Year

Bismillahirahmanirahim.... Dengan lafaz bismillah saya akan memulakan hidup baru di tahun baru ini.. Bersyukur tak terkira ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya dipanjangkan umur lagi sampai sekarang,diberikan kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezeki tidak terkira olehNya seperti kesihatan,dijauhi segala penyakit,dipermudahkan urusan hidup dan segalanya... Hargai setiap saat seperti setiap jam... Hidup ini indah...

Semoga lebih ceria sentiasa

Setiap tahun mesti kalian akan mendengar tentang azam dan perubahan yang ingin dilakukan oleh seseorang,ada yang ingin berubah menjadi lebih baik,ada yang ingin mengumpul kekayaan,ada yang ingin mencipta rekod tak kisah la apa jua rekod sekali pon dari segi pendidikan,sosial dan ekonomi. Ada juga yang berazam ingin berhenti merokok dek kerana kenaikkan harga rokok yang melambung tinggi sejak kebelakangan ini. Secara purata bagi seorang perokok,sebanyak RM300 di'bakar' begitu sahaja tanpa mendapat apa-apa manfaat pun dan ada juga ingin berhenti dek kerana keterlaluan menghisap rokok sampaikan out of budget... 

Semoga apa dihajati tercapai

Tidak kisah la apa azam kalian pada tahun 2011 atau 1.1.2011 semoga kalian mencapai apa target dan impian kalian yang kalian impikan.. Bermacam-macam azam dan pelbagai halangan mendatang untuk kita mencapai azam yang kita telah sematkan di hati sanubari kita.. Teruskan dan kuatkan azam dan semoga mencapainya mengikut perancangan yang telah dirancang...GO...

No comments:

Post a Comment