KUALA LUMPUR: Isteri kepada salah seorang mangsa yang dipukul, dibunuh dan dibakar di Banting Selangor, Suzana Radim Pangat, tidak mampu lagi membaca surat khabar atau melihat berita televisyen untuk mengetahui perkembangan kes itu.Isteri kepada Noorhisham Mohammad, 38, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru di sini yang dipercayai mati dipukul, dibunuh dan dibakar dengan kejam itu berkata, kesedihan dan tekanan yang dialami menyebabkan beliau hanya mampu mendengar perkembangan terkini melalui anggota keluarga terdekat.
"Selepas kejadian, minta maaf saya tak boleh tengok tv atau surat khabar.
Segala perkembangan terkini hanya ahli keluarga saya yang akan maklumkan. Saya tak boleh nak tempuh keadaan ini," katanya dalam keadaan sebak ketika ditemui pemberita di rumah beliau di Taman Seraya, Ampang, di sini hari ini.
Bagaimanapun, Suzana, 38 masih melahirkan harapan tinggi untuk melihat Noorhisham masih hidup selagi masih belum ada pengesahan dari Unit Forensik.
"Sehingga kini tiada sebarang pengesahan dari Forensik, mayat suami saya, jadi sehingga itu, saya percaya suami saya masih hidup," katanya.
Noorhisham dikatakan sepatutnya membawa Suzana dan keluarga pulang berhari raya di Muar, Johor serta menyambut hari jadinya pada hari ini, tetapi segalanya menjadi hambar apabila beliau hilang bersama jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47; pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shansuddin, 44; dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, pada 30 Ogos lalu.
Bagaimanapun polis semalam mengesahkan kes itu semakin hampir kepada penyelesaian berikutan penemuan lokasi tempat mangsa-mangsa dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat.
Berikutan kejadian itu, polis menahan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya serta enam orang termasuk pekerja kebun kelapa sawit milik mereka di Banting bagi membantu siasatan.
Suzana menegaskan pihak yang bertanggungjawab melakukan perkara ini sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.
"Saya boleh terima kalau mereka setakat bunuh suami saya, jika ada mayatnya saya masih boleh lihat saya terima, tetapi cara pembunuhan ini menyebabkan mayatnya tidak sempurna, dan tidak ada kubur untuk saya ziarah.
Ibu kepada tiga anak, Mohamad Azri Shahzan,14; Mohamad Faiz Ridzmi, 5; dan Nur Aneesa Salbiah, 11, itu berkata, jika benar suaminya dibunuh begitu kejam, beliau berharap polis dapat membawa kesemua yang terbabit ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman sewajarnya. -Bernama
Wednesday, September 15, 2010
Muhyiddin terkejut, kutuk perbuatan kejam
KUALA LUMPUR: Pembunuhan kejam terhadap jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain mendapat simpati Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Beliau yang terkejut dengan kejadian berkenaan mengutuk perbuatan pembunuh tidak berhati perut itu. “Tiada insan berfikiran waras akan bertindak sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Muhyiddin turut menyampaikan salam takziah kepada anggota keluarga Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, Ahmad Kamil Karim dan Noorhisham Mohammad berikutan kehilangan orang tersayang serta berharap kaum keluarga terbabit tabah menghadapi tragedi itu.
“Saya berdoa agar roh mereka ditempatkan di kalangan para solihin. Insya-Allah. Amin Ya Rabbal Amin.
“Saya meminta kerjasama semua untuk bertenang dan menghulurkan bantuan sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kes terbabit kepada pihak berkuasa agar ia dapat diselesaikan dengan segera,” katanya.

Misteri kehilangan Sosilawati mungkin terjawab hari ini
BANTING: Misteri kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi dijangka diketahui hari ini apabila pasukan forensik polis membuat siasatan di sebuah ladang pertanian bersepadu.
Polis menyekat laluan masuk ke Ladang Gadong, di Jalan Gadong, Tanjong
Sepat dekat sini sejak malam tadi dan tidak membenarkan media yang berkumpul di
situ memasuki kawasan itu.
Salah seorang anggota polis yang bertugas memberitahu pemberita mereka diarahkan agar tidak membenarkan media masuk ke dalam kawasan itu.
Difahamkan pihak forensik dari Bukit Aman akan datang pagi ini untuk
menjalankan siasatan ketika spekulasi kuat mengatakan bahawa keempat-empat
mereka dibunuh dan mayat mereka dibakar.
Menurut seorang penduduk di kawasan berhampiran, ladang itu menjalankan
pertanian bersepadu seperti ternakan ayam, lembu dan penanaman longan.
Sejak tersebarnya khabar angin bahawa polis menjumpai mayat di situ, ramai wartawan, jurugambar dan krew TV berkejar ke ladang itu sejak tengah malam tadi tetapi tidak dibenarkan masuk ke kawasan ladang oleh pihak polis yang berkawal di luar jalan utama.
Sejak malam tadi, cubaan untuk mendapatkan pengesahan daripada para pegawai
tertinggi polis sama ada di Bukit Aman, Kontinjen Polis Kuala Lumpur dan
Selangor gagal mendapat sebarang pengesahan.
Wartawan juga menerima pesanan ringkas daripada beberapa sumber bahawa
seorang bergelar Datuk, seorang peguam dan tujuh lelaki yang bekerja di ladang
itu ditahan untuk membantu siasatan tetapi ia juga tidak dapat disahkan.
Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank
CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil
Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak hampir dua minggu lepas semasa berada
di Banting untuk urusan pembelian tanah.
Seminggu selepas itu, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di
Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di
kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya. - Bernama

Kes bunuh Sosilawati: Mahu ujian di luar negara
BATU PAHAT: “Kami akan tetap lakukan ujian Deoxyribonucleic Acid (DNA) buat kali kedua di luar negara selepas ini,” tegas Masturi Lawiya, 42, adik kepada jutawan kosmetik yang dipercayai mati dibunuh, Datuk Sosilawati Lawiya, di sekitar Ladang Kelapa Sawit Tanjong Sepat, Selangor, baru-baru ini.
Masturi berkata demikian ketika diminta mengulas berkaitan hasil ujian DNA yang masih lagi dalam siasatan polis sejak kes terbabit terbongkar.
Katanya, sehingga kini ahli keluarga jutawan itu belum menerima sebarang keputusan rasmi berkaitan hasil ujian dijalankan.
“Sehingga hari ini (semalam), kami masih lagi menunggu keputusan ujian DNA itu di samping tidak putus-putus berdoa mengharap dia (Sosilawati) masih lagi hidup.
“Walaupun jika ujian DNA menunjukkan ia positif, kami sekeluarga nekad mahu ujian itu diadakan buat kali kedua,” katanya ketika ditemui di Surau Al-Hidayah Kampung Seri Menanti di sini, semalam.
Masturi berkata ujian DNA kali kedua selepas ini akan diadakan di luar negara sama ada Singapura atau Thailand.
Menurutnya, ahli keluarga tidak berniat mempertikaikan hasil ujian DNA yang dijalankan, namun keputusan berkenaan dibuat atas kehendak keluarga.
“Bagaimanapun saya yakin Sosilawati masih lagi hidup dan selamat dan dia mungkin disembunyikan di lokasi lain,” katanya.
Pada masa sama, Masturi turut mengatakan ahli keluarganya bersiap sedia mengadakan upacara pengebumian jutawan berkenaan dan mereka menunggu hasil keputusan DNA yang dijalankan polis.
“Dia dikebumikan di kampung ini, berikutan permintaan keluarga termasuk penduduk setempat tetapi selepas itu kami jalankan ujian DNA di luar negara pula,” katanya.
Beliau ditemui ketika bersama 100 penduduk kampung berkenaan mengadakan Majlis Solat Ghaib di Surau Al-Hidayah Kampung Seri Menanti sebagai tanda penghormatan terakhir kepada jutawan yang disifatkan penduduk tempatan sebagai dermawan.

Pejabat Sosilawati lengang, operasi CIMB di Kampung Baru berjalan seperti biasa
KUALA LUMPUR: Pejabat Nouvelle Beauty Sdn Bhd di Jalan Raja Bot, Kampung Baru di sini milik jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya yang turut menempatkan pusat rawatan muka dan spa ditutup hari ini, manakala perkarangan premis itu juga kelihatan lengang.
Yang tertera di pintu masuk pejabat itu hanyalah sekeping notis memaklumkan bahawa perniagaan ditutup sempena Aidilfitri bermula 10 September dan akan dibuka semula seperti biasa pada 15 September.
Sosilawati, 47, yang memperkenalkan produk kosmetik jenama Nouvelle Visages sejak 12 tahun kini mempunyai 300 cawangan di seluruh negara dan di sekitar Asia Tenggara termasuk Indonesia dan Brunei.
Beliau bersama tiga lelaki iaitu pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsudin, 44: pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.
Misteri kehilangan mereka akhirnya terungkai semalam setelah polis berjaya menahan lapan suspek yang disyaki terbabit dalam pembunuhan yang disifatkan sebagai kejam apabila kesemua mangsa ditahan, dipukul sehingga mati, dibakar dan abu mayat dibuang ke dalam sebuah sungai di Kampung Kanchong Laut, Banting.
Sementara itu, suasana di bank CIMB di Kampung Baru di sini, iaitu di mana Noorhisham Mohammad, salah seorang rakan Sosilawati yang menemui ajal bekerja, pula kelihatan seperti biasa sejak dibuka jam 8.30 pagi.
Seorang kakitangan bank berkenaan yang ditemui Bernama berkata, pemergian Noorhisham tetap meninggalkan kesan yang mendalam kepada rakan setugas.
Katanya, pemergian Noorhisham merupakan satu kehilangan besar kepada bank itu kerana beliau adalah seorang pekerja yang sangat berdedikasi dan komited terhadap pekerjaannya.
"Saya percaya jika rakan setugas anda ''pergi'' pun mungkin perasaan sama akan dirasai," katanya.-Bernama

Kes bunuh Sosilawati: Minta laporan lebih berhemah, jaga batasan
KUALA LUMPUR: Media diingatkan supaya mengamalkan kekangan dan lebih berhemat serta tidak melampaui batas hingga menggugat keadilan ketika melaporkan siasatan mengenai kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dalam satu kenyataan melahirkan pandangan berat mengenai laporan sedemikian, terutama akhbar arus perdana.
“Adalah dikesalkan, sesetengah pendedahan ini, khususnya butiran tentang bagaimana mangsa menemui ajal mereka semata-mata spekulasi,” katanya.
Beliau berkata, pengamal media harus ingat tentang tanggungjawab mereka.
“Tidak harus wujud perbicaraan menerusi media terhadap mereka ditangkap. Dengan menyebut sumber polis bagi bahan berita mereka juga tidak membantu.
“Malah, pemberita dan editor mungkin dipanggil untuk memberi penjelasan atau menyatakan kewajaran berita mereka di mahkamah undang-undang,” kata Mohd Bakri.
“Begitu juga, mereka tidak harus menyiarkan sesuatu, yang kemudian boleh digunakan sebagai bukti jika berlaku perbicaraan terhadap orang atau orang-orang yang bertanggungjawab terhadap kematian Datuk Sosilawati dan tiga yang lain itu.
“Saya akui, ini kes kepentingan awam. Datuk Sosilawati seorang usahawan wanita berjaya. Orang ramai berhak tahu apa yang berlaku kepada mereka dan apa yang dilakukan polis untuk membawa pelaku kesalahan ke muka pengadilan.
“Kami tidak mempunyai masalah dengan media menyiarkan berita kerana itu bidang mereka, tetapi saya ingin mengingatkan mereka mengamalkan kekangan dan lebih berhemat serta tidak melampaui batas hingga menggugat keadilan,” katanya. - Bernama

Henti sebar khabar angin
KUALA LUMPUR: “Kami mengharapkan dia (Datuk Sosilawati Lawiya) akan kembali. Semua anak kakak merinduinya, lebih-lebih lagi dalam sambutan Aidilfitri,” kata Masturi Lawiya, 42, adik kepada jutawan kosmetik itu yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.
Masturi berkata, mereka sekeluarga menyambut Aidilfitri sekadar bersederhana saja tanpa sebarang persiapan kelmarin.
“Isteri saya memasak sedikit makanan, seperti sambal goreng, lontong dan ayam rempah. Itupun untuk meraikan mereka bagi menyambut raya.
“Kami sangat merindui kakak. Anaknya, terutama yang paling bongsu, Siti Fatimah Buhari, 12, bermuram saja sepanjang raya ini.
“Apapun, saya percaya kakak masih selamat dan akan kembali bersama kami nanti,” katanya ketika dihubungi semalam.
Mengenai perkembangan lanjut Sosilawati, Masturi berkata, polis meminta pihaknya bersabar dan menunggu perkembangan lanjut dalam tempoh terdekat.
“Kami serahkan kepada polis dan meminta supaya tiada khabar angin yang boleh memburukkan lagi keadaan ditimbulkan,” katanya.
Di BATU PAHAT, kakak Sosilawati, Rosnani, 45, meminta pelbagai pihak berhenti membuat spekulasi.
“Kami sekeluarga cukup tertekan dengan kehilangannya, inikan pula ditambah berita angin berhubung penemuan mayat,” katanya.
Katanya, keluarga, terutama ibu, Yatmah Abdul Rahman, 80, sangat sedih dan kini penderitaan mereka bertambah dengan khabar angin mengatakan penemuan jenazah kakaknya.
“Kami semakin tertekan kerana pelbagai versi khabar angin tersebar luas, termasuk membabitkan penemuan mayat kakak, walaupun hingga kini belum terbukti kebenarannya. Bayangkan banyak pihak, termasuk saudara mara, menghubungi kami bagi mengesahkan berita angin itu.
“Hati kami di kampung bagaikan punah sama sekali, bayangkan perasaan anak Kak Wati, sedangkan kami sekeluarga masih menaruh keyakinan dan selalu doa supaya kak Wati selamat.
“Terus terang, kami adik beradik tidak sampai hati jika ibu terdengar khabar berkenaan kerana ibu yang cepat lupa membuatkannya sering bertanya sama ada Kak Wati akan pulang berhari raya atau tidak, sedangkan jawapan kami sama iaitu kakak hilang,” katanya.
Menurutnya, mereka adik beradik mengunjungi anak Kak Wati di Kuala Lumpur mulai malam semalam.
“Saya bawa semua kerepek termasuk tumpi, rempeyek dan kerepek pisang yang sering diminta Kak Wati. Selalunya, Kak Wati akan membawa pulang kerepek ini tetapi kali ini, saya pula membawanya ke sana,” katanya.
Sementara itu, Yatmah ketika ditemui di rumahnya tidak putus-putus mendoakannya keselamatan Sosilawati setiap kali diberitahu bahawa anaknya hilang sejak hampir dua minggu lalu.
Sosilawati dilaporkan hilang bersama pemandu peribadinya, Kamarudin Sansudin, 44, pegawai bank CIMB yang juga penasihat kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguamnya, Ahmad Kamil Karim, 32, sejak 30 Ogos lalu.
Pengasas produk kecantikan Novelle Visages itu keluar meninjau projek di Banting.

Kes bunuh Sosilawati: Polis buka kembali 2 kertas siasatan
KUALA LUMPUR: Polis membuka kembali dua kertas siasatan yang berkaitan pembunuhan oleh individu yang tidak dikenali sekitar kawasan Banting sejak tahun lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, kes berkenaan disiasat semula berikutan kematian yang menjurus ke arah pembabitan suspek utama, peguam bergelar Datuk yang dipercayai terbabit dalam kes kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47 dan tiga lelaki lain. “Kes pertama membabitkan kematian seorang wanita berusia 40-an yang dibunuh di hadapan rumah suspek pada tahun lalu. Mangsa ditikam beberapa kali oleh individu yang tidak dikenali,” katanya. Menurutnya, polis juga membuka siasatan berikutan kehilangan seorang ahli perniagaan dari Chennai, India, juga di kawasan Banting. Sementara itu, menurut isteri mangsa berkenaan yang dikenali S Usharani, 24, beliau bersedia datang ke Malaysia bagi memberikan keterangan jika diperlukan.
Sementara itu dalam satu perkembangan lain, empat daripada lapan suspek yang ditahan dalam kes pembunuhan Sosilawati bersama tiga lelaki lain sudah diserahkan kepada polis Gombak berikutan mereka disyaki turut mempunyai kaitan dalam satu kes pembunuhan di daerah terbabit yang berlaku 8 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, semua suspek itu diserahkan oleh polis Bukit Aman untuk disoal siasat bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang pekerja di Unit Perancangan Setinggan, Majlis Perbandaran Selayang (MPS).
Menurutnya, bagaimanapun semua itu masih dalam siasatan dan pihaknya tidak pasti sejauh mana semua mereka terbabit dalam kes pembunuhan itu.
Beliau berkata, sejauh mana pembabitan suspek dalam kes berkenaan atau benar mereka terbabit belum dapat dipastikan kerana ia masih dalam siasatan.
“Memang ada empat daripada lapan suspek yang ditangkap berhubung kes pembunuhan Sosilawati dan tiga lelaki diserahkan kepada kami untuk membantu siasatan kes pembunuhan kakitangan MPS pada 8 Mac lalu,” katanya.

Ibu Kamaruddin harap penemuan tragis tidak babitkan anaknya
KUANTAN: Ibu Kamaruddin Shamsuddin, pemandu jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, masih mengharapkan penemuan tragis keempat-empat mangsa bunuh yang dibakar dan dibuang abunya ke dalam sungai, tidak membabitkan anaknya.
Namun Zainab Ahmad, 73, tetap pasrah dan redha sekiranya perkara itu benar-benar menimpa anak.
"Saya berharap itu bukan dia (Kamaruddin), tapi kalau dia, saya reda," katanya sebak ketika ditemui pemberita di rumahnya di Indera Mahkota 2 di sini.
Polis hari ini mengesahkan Sosilawati, 47, dan tiga yang lain termasuk Kamaruddin, 44, mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat, Banting, Selangor.
Dua lagi ialah pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Sosilawati iaitu Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Sementara itu, anak saudara Kamaruddin, Khairul Izwan Ismail, 29, berkata, dia ada menghubungi mangsa pada hari kejadian.
Katanya, dia menghubungi bapa saudaranya itu pada sebelah petang 30 Ogos lalu kerana ingin bermalam di rumah Kamaruddin pada hari berkenaan.
Bagaimanapun, Kamaruddin memaklumkan bahawa dia tidak berada di Kuala Lumpur sebaliknya di Banting bersama majikannya.
"Saya mengambil keputusan bermalam di rumah rakan di Kuala Lumpur dan menunggu panggilan balas daripada bapa saudara saya, tetapi tiada jawapan," katanya.
Abang ipar Kamaruddin, Ismail Ibrahim, 59, pula berkata dia menerima panggilan daripada polis Bukit Aman kira-kira 2 petang tadi yang memaklumkan mengenai penemuan tragis itu.
Beliau berkata, adik iparnya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika pulang ke Kuantan baru-baru ini, malah sikapnya adalah seperti biasa.
"Dia kerap pulang ke Kuantan kerana mempunyai perniagaan studio muzik yang mana, sebulan sekali dia akan pulang ke sini," katanya.
Ismail berkata, Kamaruddin sebelum ini pernah bertugas sebagai jurutera bunyi di sebuah syarikat rakaman di Kuala Lumpur, sebelum bekerja dengan Sosilawati sejak empat tahun lalu.
"Dia seorang yang begitu mengambil berat tentang keluarga," katanya.-Bernama

Kes bunuh Sosilawati: Transaksi jutaan ringgit
KUALA LUMPUR: Berlaku transaksi bernilai jutaan ringgit daripada akaun Datuk Sosilawati dengan seorang suspek yang ditahan berikutan kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik terbabit dan tiga lagi individu.
Sumber polis berkata, polis tidak menolak kemungkinan berlaku kes peras ugut berikutan penemuan bukti transaksi wang ke dalam akaun bank milik suspek yang ditahan polis berkenaan sepanjang tempoh kehilangan Sosilawati bersama tiga yang lain.
“Susulan penemuan wang terbabit, semua aset dan wang milik suspek utama terbabit akan dibekukan. Polis akan menggunakan Akta Anti Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA) dalam usaha mengesan daripada mana sumber wang terbabit diperoleh,” katanya.
Menurutnya, polis mendapati dalang utama berstatus Datuk terbabit mempunyai kekayaan melampau.
Berdasarkan maklumat, peguam terbabit sebelum ini dipercayai pernah beberapa kali berurusan dengan Sosilawati, 47, berhubung urusan jual beli hartanah termasuk terbaru membabitkan tanah di Pulau Pinang.
Difahamkan, tanah berkenaan sebelum ini dibeli Sosilawati dengan anggaran RM25 juta sebelum mahu dijual RM200 juta berikutan harga pasaran semasa yang meningkat.
“Ada kemungkinan faktor itu menyebabkan suspek ‘gelap mata’ dan merancang untuk menyapu semua wang terbabit dengan membunuh mangsa bersama tiga yang lain,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, yang ditemui berkata, polis menemui sejumlah wang dalam jumlah amat ‘besar’ di dalam akaun milik suspek utama berkenaan.
Beliau yang ditemui di Banting, semalam, berkata, berdasarkan siasatan berlaku pemindahan wang ke dalam akaun bank milik suspek dan siasatan masih dijalankan bagi memastikan dari mana sumber wang itu diperoleh.
“Polis akan siasat secara rapi adakah wang terbabit diperoleh secara haram atau melalui pemerasan jenayah terhadap ramai mangsa lain sebelum ini,” katanya.
Selain itu, maklumat polis turut mendakwa Sosilawati berkemungkinan ditahan dan dibunuh suspek utama yang berang selepas mangsa enggan membawa wang tunai seperti dijanjikan pada 30 Ogos lalu.
Wang yang sepatutnya dibawa seperti dipersetujui antara kedua-dua belah pihak turut menjadi punca semua mangsa ditahan sebelum dibawa ke ladang maut terbabit.
Berdasarkan maklumat diperoleh, suspek dianggap popular di kalangan penduduk sekitar Banting di sini, selain turut dikenali polis berikutan pejabat guamannya yang terletak tidak jauh dari Balai Polis Banting.
“Bagaimanapun, polis sedang menyiasat kemungkinan suspek turut terbabit dengan aktiviti gangterism selain menggunakan kaedah bakar mayat untuk menghilangkan bukit,” katanya.

Operasi cari bahan bukti pembunuhan Sosilawati diteruskan
BANTING: Pasukan penyelam Polis Marin hari ini meneruskan operasi mencari bahan-bahan bukti untuk siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain di Sungai Kanchong Laut di sini.
Sungai itu terletak di Kampung Endah, kira-kira dua kilometer dari Ladang Gadong Tanjung Sepat di mana Sosilawati dan tiga lagi dipercayai dibunuh dan dibakar di ladang ternakan ayam di situ.
Operasi mencari bahan bukti itu bermula kira-kira 4.30 petang tadi dan berakhir pada jam 7 malam ini. Anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menyertai operasi itu.
Seorang suspek lelaki dilihat dibawa ke atas jambatan sungai itu bagi menunjukkan di mana dia mencampakkan sesuatu dari atas jambatan berkenaan.
Semasa operasi itu dijalankan, kelihatan beberapa anggota Unit Forensik sedang membelek satu bungkusan plastik yang berisi seutas jam tangan.
Sosilawati, 47, bersama tiga individu iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.
Semalam, polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong.-Bernama

Keluarga Sosilawati masih menunggu pengesahan polis
KUALA LUMPUR: Sehingga kini keluarga Datuk Sosilawati Lawiya, 47, belum menerima sebarang pengesahan daripada pihak polis berikutan penemuan empat mayat di senuah ladang ternakan di Teluk Gadong, dekat Tanjung Sepat, Morib.
Anak sulung jutawan kosmetik itu, Erni Dekritawati Yuliana Bukhari berkata, keluarganya masih menunggu pengesahan daripada forensik dan pada masa sama keluarga memerlukan kekuatan menghadapi sebarang kemungkinan.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan keselamatan ibu saya, jika kemungkinan itu benar (mayat Sosilawati), kami sekeluarga reda dengan ujian itu," katanya ketika mengadakan sidang media di rumahnya di Taman Harmonis, sebentar tadi.

Anggota keluarga reda dengan pemergian Sosilawati
KUALA LUMPUR: Anggota keluarga jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya reda dengan pemergian beliau sekiranya mangsa yang dilaporkan ditemui di Ladang Gadong, Tanjong Sepat hari ini disahkan sebagai Sosilawati.
Polis hari ini mengesahkan Sosilawati, 47, dan tiga orang lagi mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.
Anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, berkata mereka sekeluarga berharap mangsa yang ditemui itu bukanlah ibu mereka, namun akan terus melakukan solat sunat ghaib.
"Saya berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan untuk mak saya dan tiga orang yang lain," katanya kepada pemberita di kediamannya di Taman Harmonis Gombak di sini.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan menyatakan beliau berkemungkinan mengeluarkan kenyataan esok.
Anak keempat Sosilawati yang mahu dikenali sebagai Rina berkata dia ingin melihat sendiri sekiranya yang dijumpai itu adalah mayat ibunya.
"Kalau betul mak tak ada lagi bawa dia tunjuk depan Rina. Abah... cari mak abah," katanya sejurus menonton sidang media mengenai kematian ibunya yang disiarkan menerusi televisyen hari ini.
Tinjauan ke kediamannya mendapati anggota keluarga Sosilawati dari Johor sudah berkumpul sejak malam semalam dan bekas suami pertamanya yang dikenali sebagai Buhari dilihat memasuki perkarangan kediaman itu kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Sosilawati dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak hampir dua minggu lepas semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.
Sementara itu, bekas vokalis kumpulan Lefthanded, Nashrudin Elyas atau Nash yang juga bekas suami Sosilawati, berkata jika berita mengenai pemergian Sosilawati itu benar, ternyata ia adalah perkara yang tidak sepatutnya berlaku.
Saya tidak tahu kenapa ada manusia yang kejam sampai sebegitu, sanggup membunuh... sepatutnya benda ini tidak boleh berlaku dalam negara kita yang aman ini," katanya ketika dihubungi.
Nash berkata, beliau juga ada menghubungi anak-anak Sosilawati sejak berita kehilangannya dilaporkan media, namun panggilannya itu tidak berjawab.
"Hari pertama berita mengenai dia dilaporkan hilang, saya ada call anak-anak dia, tetapi tidak berangkat. Pagi tadi juga selepas dengar berita dia dipercayai mati dibunuh, saya ada juga call lagi anak-anak dia, tetapi masih juga tidak berjawab," katanya sebak.
Ketika, ditanya sama ada beliau akan melawat anggota keluarga Sosilawati, Nash berkata beliau tidak berkesempatan berbuat demikian kerana kini berada di Sabah atas urusan kerja.
Katanya, walaupun jodoh beliau dengan jutawan kosmetik itu tidak mampu bertahan, namun mereka tidak pernah berdendam dan beliau masih rapat dengan anak-anak bekas isterinya itu.
"Saya memang berniat untuk melawat anak-anaknya dalam masa terdekat selepas urusan kerja saya di sini selesai. Saya memang baik dengan anak-anak dia terutamanya Fatimah (Siti Nur Fatimah) dan anggap anak-anak dia seperti anak-anak saya sendiri, tiada bezanya," kata Nash yang tidak dapat menahan kesedihan.
Katanya, beliau begitu sedih dan bersimpati bukan sahaja dengan anggota keluarga bekas isterinya itu malahan juga kepada anggota keluarga tiga lelaki yang turut hilang.
"Saya amat sedih mendengar berita ini. Apalah nasib anak-anak dia (Sosilawati) dan ahli keluarga tiga (rakan Sosilawati) yang lain. Saya ucapkan takziah kepada mereka," katanya.
Sementara itu, kaum keluarga Noorhisham pula percaya bahawa pegawai bank itu masih hidup.
"Saya masih menunggu panggilan untuk pengesahan forensik, selagi itu saya masih percaya menantu saya masih hidup," kata Radin Pangat Ishak, 66, bapa mentua mangsa di rumah mangsa di Ampang hari ini.
Radin berkata, menantunya seorang yang komited terhadap kerjayanya dan sangat berdedikasi dalam segala urusan kerja.
Isteri Noorhisham, Suzana Radin Pangat, 38, yang juga seorang pegawai bank CIMB di ibu pejabat bank berkenaan, enggan mengulas perkembangan kes itu ketika ditemui pemberita.-Bernama

Kes bunuh Sosilawati: 'Dia bagai idola kampung'
BATU PAHAT: “Dia (Datuk Sosilawati Lawiya) bagaikan idola kampung ini,” kata Bejo Sungadi, 42, jiran sekampung Sosilawati, di Kampung Seri Menanti, dekat Seri Medan, di sini, semalam.
Menurut Bejo, dia dan isterinya terkejut apabila mendengar berita mengenai penemuan empat mayat di Ladang Kelapa Sawit di Tanjung Sepat, Selangor yang mempunyai kaitan dengan jutawan kosmetik berkenaan.
Katanya, Kak Wati (nama panggilan Sosilawati) adalah jiran yang pemurah dan terkenal dengan sikap suka membantu tanpa mengira umur, bangsa dan agama.
“Setiap kali Aidilfitri, Kak Wati akan mengadakan jamuan rumah terbuka seawal jam 8 pagi hingga lewat malam dan pada masa itu dia akan bersedekah.
“Apa yang menggembirakan penduduk kampung, dia sering memberikan duit raya kepada semua hadirin yang berkunjung pada masa itu,” katanya, semalam.
Bejo berkata, dia mengenali Sosilawati sejak kecil, malah pernah bekerja bersama ketika menoreh getah kira-kira 10 tahun lalu.
Malah, dia mengakui Sosilawati adalah seorang rakan yang baik dan tidak pernah sombong.
“Buktinya setiap kali ada kenduri di kampung ini Kak Wati tidak pernah tidak hadir dan ringan tulang untuk membantu kerja kenduri yang diadakan,” katanya.
Bejo juga mengakui jutawan kosmetik terbabit amat pemurah serta selalu bersedekah kepada penduduk setempat mahupun jiran tetangga.
“Kehilangannya ini memang mengejutkan, malah kami tidak boleh menerima hakikat yang dia sudah pergi buat selamanya,” katanya.

Filem ganas mesti disekat
KUALA LUMPUR: Pendedahan dan pengaruh anasir keganasan dalam filem mesti disekat jika negara serius hendak mengatasi masalah jenayah keganasan, kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye.
Beliau berkata kejahatan, dendam dan kekejaman berleluasa semakin menjadi norma dalam filem-filem kita dan dihidangkan hampir setiap hari. "Aksi-aksi ini sering diberi sanjungan. Malah kartun juga mula dimuat dengan adegan ganas," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Beliau mengulas kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain. Mayat mereka dibakar dan abu dibuang ke sebatang sungai di Tanjung Sepat, Banting. Menurut Lee, budaya keganasan mesti ditangani secara menyeluruh memandangkan ia mula bertapak dalam masyarakat. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie mengecam pembunuhan kejam itu, dan mahu tindakan setimpal dengan undang-undang dikenakan ke atas mereka yang bertanggungjawab. Beliau mengingatkan orang ramai khususnya kaum wanita agar lebih berwaspada berkaitan dengan hal keselamatan, dan menyatakan kementeriannya akan melancarkan kempen kesedaran keselamatan 'City Survival Skill' dalam masa terdekat. Presiden Majlis Usahawan Malaysia (MUM), Datuk Suhaimi Yacob berpendapat tragedi yang menimpa Sosilawat, tokoh usahawan wanita yang berjaya itu, merupakan satu kehilangan besar buat negara. Katanya, Sosilawati berjaya melahirkan ramai usahawan di seluruh negara melalui rangkaian perniagaan produk kosmetiknya dan berharap ahli keluarganya dapat meneruskan usaha yang dilakukan oleh Allahyarham. -Bernama

Kematian Sosilawati kehilangan besar kepada Kampung Seri Menanti
BATU PAHAT: Berita kematian Datuk Sosilawati Lawiya, 47, mengejutkan penduduk tempat kelahiran jutawan kosmetik itu, Kampung Seri Menanti, Sri Medan, dekat sini.
Kehilangan beliau dianggap begitu besar kerana beliau cukup terkenal dengan sikap baik dan dermawan. "Ini satu kehilangan yang besar kerana Sosilawati membantu sesiapa sahaja yang perlukan pertolongan. Contohnya mangsa banjir atau sekolah-sekolah yang meminta bantuan," kata ketua kampung itu, Omar Salleh, 63, ketika ditemui pemberita hari ini. Penduduk kampung katanya sudah merancang untuk membuat solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan Sosilawati dan berharap beliau pulang dengan selamat. Beliau yang turut menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang tidak sombong dan mudah didekati berkata apa yang terjadi ke atasnya adalah kehendak Allah. Bazli Ibrahim, 35, yang terkejut dengan pemergian tragis Sosilawati berkata, Allahyarham biasanya akan melakukan rumah terbuka pada Hari Raya Aidilfitri yang kedua di kampung itu.
Beliau berharap ahli keluarganya tabah menghadapi ujian itu.
Siti Aminah Md Mukri, 27, berkata kegigihan Allahyarham membina empayar perniagaan Nouvelles Visage menjadi kebanggaan penduduk. Beliau menyanjungi budi pekerti wanita itu yang mulia dan tidak pernah meninggi diri dengan kejayaannya. Tinjauan pemberita ke rumah ibunya, Yatimi Abdul Rahman, 80, di kampung itu mendapati rumah itu berkunci.
Difahamkan ibunya dan ahli keluarga yang lain sudah bertolak ke rumah Allahyarham di Kuala Lumpur semalam. -Bernama

Polis bawa suspek ke tempat kejadian di Tanjung Sepat
BANTING: Pasukan forensik polis memasuki kawasan sebuah ladang pertanian bersepadu di Tanjong Sepat, dekat sini bersama-sama dengan sekurang-kurangnya dua suspek yang dipercayai terbabit dengan kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi.
Petugas media yang berada di jalan masuk ke Ladang Gadong melihat dua konvoi kenderaan dengan kawalan ketat polis memasuki kawasan itu, dan dua lelaki dilihat memakai pakaian lokap.
Menurut seorang anggota polis, mereka memasuki sebuah kawasan yang terletak kira-kira 100 meter dari jalan utama kawasan berkenaan, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) itu.
Pasukan forensik turut ke sebuah restoran, terletak kira-kira empat kilometer dari ladang itu untuk menjalankan siasatan.Helikopter polis juga dilihat berlegar-legar di kawasan itu.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu pemberita di Kuala Lumpur bahawa polis percaya kes itu dapat diselesaikan segera berikutan penangkapan sekurang-kurangnya empat lelaki.
Ismail enggan menyatakan identiti mereka yang ditahan, walaupun ada sumber
menyatakan mereka termasuk dua orang peguam.
Terdapat spekulasi mayat mereka dibakar.
Seorang sepupu Sosilawati, yang ditemui di rumahnya di Gombak, berkata polis
ada menghubungi mereka tengah hari ini memaklumkan kemungkinan mayat jutawan itu
ditemui di Tanjong Sepat.
"Mungkin kena buat DNA untuk sahkan itu mayat Datuk," kata Elias yang enggan
menyatakan nama penuhnya.Bekas suami pertama Sosilawati yang dikenali sebagai Buhari dilihat memasuki
rumah Sosilawati kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank
CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil
Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk
urusan pembelian tanah.
Seminggu selepas itu, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya.- Bernama

Kes bunuh Sosilawati: Harap anak arwah tabah
KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Lefthanded, Nash yang juga bekas suami kepada Datuk Sosilawati Lawiya, berharap semua enam anak ahli perniagaan berusia 47 tahun itu tabah dan kuat menghadapi kenyataan bahawa ibu mereka sudah kembali ke rahmatullah.
Katanya, dia akan menghubungi salah seorang anak Sosilawati bagi memberi kata semangat dan berharap mereka tabah berhadapan dengan dugaan ini.
“Saya kini di Sabah dan mungkin tak dapat menghadiri majlis pengebumian itu, tapi saya berharap roh arwah ditempatkan di kalangan orang solehah.
“Kepada anak-anak, saya ucapkan takziah yang amat sangat. Saya sedar berita ini tentu mengejutkan, malah saya sendiri terharu dan sedih yang mendalam terhadap apa yang berlaku.
“Ketika ini hanya doa saja dapat mengiringinya termasuklah tiga mangsa lain yang turut ditimpa musibah sama. Semoga mereka dilindungi Allah,” katanya.
Ditanya bagaimana memperoleh berita itu, Nash berkata dia mengikuti perkembangan kehilangan Sosilawati sehingga membawa kepada penemuannya menerusi media massa.

Kes bunuh Sosilawati: Arwah mahu kongsi untung
KUALA LUMPUR: Pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages, Datuk Sosilawati Lawiya difahamkan terlalu yakin urusan perniagaan dijalankan sebelum kehilangannya pada 30 Ogos lalu berjaya, malah arwah sudah mencongak untuk berkongsi keuntungan itu dengan cara tersendiri.
Kenalan rapat Sosilawati sejak 13 tahun lalu yang juga peguamnya, Datuk Zaidi Zain (gambar), berkata kesungguhan hartawan kosmetik itu mengusahakan urus niaga berkenaan difahamkan berkait soal jualbeli tanah, terserlah apabila Allahyarhamah menjelaskan mahu mengagih hasil keuntungan dengan rakan terdekatnya.
Katanya, ibu enam anak itu berniat berbuat kebajikan dengan membantu ibu tunggal supaya dapat menyara diri dan keluarga seperti mana arwah berjaya mengusahakan empayar perniagaannya bermula sekecil-kecil bisnes sehingga mampu mengaut keuntungan berlipat ganda.
“Saya tahu mengenai perancangannya ini apabila dimaklumkan rakan lain yang Sosilawati mencongak-congak mengagih keuntungan bakal diperoleh dengan rakan dan buat kebajikan bantu ibu tunggal,” katanya.

Kejadian tragis menimpa Sosilawati tidak boleh diterima
KUALA LUMPUR: Kenalan rapat Datuk Sosilawati Lawiya menganggap peristiwa tragis dan kejam yang menimpa jutawan kosmetik itu sebagai sesuatu yang sukar diterima.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang juga rakan serta jiran Sosilawati di Taman Harmonis, Gombak berkata selagi DNA tulang yang ditemui belum mengesahkan ia adalah Sosilawati, selagi itulah beliau masih berharap ada harapan untuk melihat rakannya itu pulang.
"Saya masih berharap akan berlaku keajaiban dan sehingga belum dapat dipastikan saya tidak menganggap dia menjadi arwah," katanya ketika mengunjungi keluarga Sosilawati di sini hari ini.
Beliau berkata penduduk di sekitar Taman Harmonis yang prihatin atas apa yang menimpa Sosilawati sudah membuat solat hajat sejak beliau dilapor hilang dan ia akan berterusan sehingga mendapat pengesahan.
Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.
Semalam, polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, dekat sini.
Bagi Datuk Suhaimi Ibrahim yang juga setiausaha politik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pembunuhan yang berlaku itu sukar dipercayai kerana ia sesuatu yang sangat kejam, zalim serta tidak bertamadun.
Beliau yang kenalan rapat Sosilawati sejak tujuh tahun lalu, berkata kali terakhir beliau dihubungi Sosilawati ialah pada 29 Ogos lalu iaitu sehari sebelum Sosilawati bersama tiga lagi mangsa ke Banting bagi urusan pembelian tanah.
"Sosilawati menghubungi saya untuk berjumpa pada tarikh itu bagi mendapatkan nasihat dan pandangan mengenai penjualan tanahnya di Bukit Jambul, Pulau Pinang tetapi saya tidak boleh menemui beliau pada hari itu kerana ada urusan lain dan saya maklumkan padanya untuk bertemu pada 31 Ogos," katanya.
Beliau berkata, pada 31 Ogos, beliau cuba menghubungi Sosilawati untuk mengesahkan pertemuan itu tetapi panggilannya tidak dijawab.
Sangat pelik bila dia tidak jawab telefon sebab Sosilawati jarang buat begitu, kalau ada 'miss call' dia akan cepat-cepat telefon semula. Pada 1 September saya cuba menghubungi beliau lagi tetapi telefonnya dimatikan," katanya.Beliau berkata, pada pertemuan mereka sebelum bulan puasa, Sosilawati pernah memaklumkan kepadanya mengenai tanah itu selain hasrat untuk menyenaraikan syarikatnya dalam bursa saham.
"Beliau adalah ikon wanita, beliau salah seorang pelopor usahawan kosmetik yang menjadi ikutan dan contoh pada usahawan lain," katanya.
Sementara itu, adik Sosilawati, Masturi Lawiya berkata malam ini solat hajat dan kenduri tahlil akan diteruskan di kediaman Sosilawati, manakala solat hajat dan tahlil turut diadakan di rumah ibu bapanya di Batu Pahat semalam.
Pengusaha stokis produk kecantikan Nouvelle Visages di Kampung Baru pula berkata, beliau mengenali Sosilawati sejak tahun 1985 dan sepanjang perkenalan itu Sosilawati adalah seorang wanita yang baik hati dan dermawan.
"Kali terakhir kami berjumpa sebelum Ramadan lalu dan amat sukar untuk mempercayai apa yang berlaku. Diharapkan anak-anak dan keluarga Sosilawati tabah dan redha dengan apa yang berlaku," katanya yang enggan namanya disiarkan.
-Bernama

Subscribe to:
Posts (Atom)