KUALA LUMPUR: Pembunuhan kejam terhadap jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain mendapat simpati Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Beliau yang terkejut dengan kejadian berkenaan mengutuk perbuatan pembunuh tidak berhati perut itu. “Tiada insan berfikiran waras akan bertindak sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Muhyiddin turut menyampaikan salam takziah kepada anggota keluarga Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, Ahmad Kamil Karim dan Noorhisham Mohammad berikutan kehilangan orang tersayang serta berharap kaum keluarga terbabit tabah menghadapi tragedi itu.
“Saya berdoa agar roh mereka ditempatkan di kalangan para solihin. Insya-Allah. Amin Ya Rabbal Amin.
“Saya meminta kerjasama semua untuk bertenang dan menghulurkan bantuan sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kes terbabit kepada pihak berkuasa agar ia dapat diselesaikan dengan segera,” katanya.
No comments:
Post a Comment