Tuesday, January 11, 2011

Awekku Kerja

Hari ini dalam sejarah.. Awekku memulakan kerja separuh masa atau part time bermula hari ini.. Beliau yang memulakan kerja di tempat kerja lamanya bagi menampung kos sara hidup yang terlalu tinggi di Shah Alam,Selangor.. Ku dapat merasakan kepenatan beliau bekerja kerana selain bekerja beliau juga seorang pelajar seperti diriku. Habis kelas pada pukul 5pm terus bersiap pergi kerja,ntah sempat makan atau tidak. Demi meneruskan perjalanan hidup di tempat orang beliau belajar sambil bekerja,ku akan menyusul mengikut jejak langkahnya nanti bila aku menerima panggilan untuk kerja di tempat sama nanti. Sabarlah sayang ku akan mengikut jejak langkahmu jua.


Belajar dan kerja amat memenatkan fizikal dan mental namun awekku tabah menghadapi liku-liku hidup yang penuh dengan pancaroba.
Tak sempat minum kopi pun... Apa-apapun,setiap langkah ada tujuan dan maknanya yang tersendiri mau tersirat.

No comments:

Post a Comment